Cawan Besar. Kalau di tenung-tenung kat gambar ni cam biasa jea rupa parasnya. tapi kalau tengok life konpem ramai yang berkenan tau. termasuklah aku ni. coz bukan main besar lagi saiz ia. kalau hidang air kat mr. ery guna cawan ni mahu tersadai kekenyangan tidak pun simpan air tu berhari-hari lagi. aku teringin nak beli juga. nanti aku cari sebab aku pun dah tahu nak cari kat mana. korang berminat nak cawan ni jugak boleh pm aku. kita buat bisnes sikit.
korang boleh bayangkan besar mana saiz cawan ni. aku rasa kakak pun boleh duduk kat dalam tu. ish..ish..tak adalah besar gitu sekali. kalau setakat buat topi untuk kakak makanya tenggelam lah muka dia tu.
kakak nak minum air apa tu? dah habis ke minum airnya? sampai kosong tinggal tu. cawan ni disiapkan sekali dengan pelapik dia yea. ala yang korang dok panggil piring tue. piring cawan nie pun dah sama saiz pinggang nasi kat rumah aku.
seriau pulak tengok kakak ni pegang cawan tu. kan kalau jatuh, aku jugak yang kena ganti nanti. tersenyum simpul gayanya nak minum air. sori air tak ada yea sayang.
letak elok-elok tau. cawan ni ada kat sebuah hotel di Kuala Lumpur sebagai trademarknya.
dan kita akhiri dengan gambar kakak yang sangat-sangat kelaparan. siap nak makan batang-batang buluh tu. kakak ingatkan itu buluh lemang agaknya.