taip dengan selaju mungkin untuk buat entri ni. sangat sibuk dengan kerja-kerja opis. ini baru seminggu tinggalkan opis… alamak bos dah balik tu…lagi cepat ku taip ni….

minggu lepas azwa@kakak ada sukan. setiap tahun memang akan ada sukan untuk sekolah tadika perpaduan daerah cheras. tahun ini diadakan di padang sekolah menengah sri permaisuri, cheras. si kakak pergi sana dengan cikgunya naik bas. kami sekeluarga ‘makan buah langsat@sesat’ untuk pergi ke sana…haish… pusing punya pusing kat area HUKM.

sampai kat sana si kakak baru nak mula acara. namanya acara seiring sejalan.

cikgu gayah sibuk memanggil nama kanak-kanak yang masuk acara…

dah macam tahanan pendatang pulak kanak-kanak ini. menahan kepanasan matahari di tengahari. punyalah nak tunggu giliran acara.

masa ini si kakak dah nampak kami.. melambai-lambai tangan say ‘mama’

dah duduk berdiri pula..sebab kena gerak ke depan sikit.. selepas setiap satu acara dah lepas…

inilah namanya acara seiring sejalan tu… seorang kena tarik seorang yang ditutup matanya…. pastu kena pusing ikut kon itu… kawan kakak ni dari mula sampailah habis asyik sengih saja… bukan berlari tapi jalan jer.. cikgu lias menjerit ‘lari fahmi…lariii….’

paling tak tahan bila tiba giliran kakak…naik seriau tengok si kakak menarik kawannya itu berlari….. laju betul…

memang laju si kakak berlari…risau juga kalau kawannya terjatuh kan… sampai hujung terus dilepaskan tangan kawannya itu… dan yang pasti kakak tak buat pusing ikut kon…ahaks…

kanak-kanak yang menangis kat bawah ini bukan dari sekolah kakak… dia menangis kerana terjatuh beberapa kali bila kawannya menarik untuk berlari…tak sempat bangun kawannya tarik juga…alahai kesian…

walaupun tak menang, dapat juga bekas jenama tupperware untuk dibawa balik. itupun dapat kat sekolahnya. selepas acara seiring sejalan tu selesai dan dapat konpem dari cikgu si kakak dah tak ada acara. terus dibawa kakak balik rumah bersiap untuk ke Melaka… itu pasal blog seminggu tak update yer….

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *