Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Kemaafan Zahir dan Batin. Masih tidak terlewatkan untuk ucapkan selamat hari raya. Semalam baru masuk kerja, seminggu blog tanpa tuannya. Nak kembalikan mood kerja dan mood menulis bukan main payah lagi.
Tahun ini beraya di Kelantan tidak lagi beraya di KL seperti tahun lepas. Sambutan pun sederhana memandangkan abah pula beraya di Kluang, Johor. Aku beraya dengan mom dan keluarga mertua.
Sedondon hampir sama warna kelabu tahun ini. Aku jubah dari Cala Qisya. Baju kakak Azwa dari Chentahatikoo, kain dijahit oleh tokma. Mr.ery pun nak berjubah juga dari Khatam dan Aqeel lupa dari IG Shop mana. Semuanya dibeli masa pergi #klrayafest2014.
Kakak Azwa masa ni masih demam lagi, hari last puasa dia dah beraya. demam panas. Hari Khamis dan ahad terpaksa ponteng puasa. itupun kena paksa jangan puasa. Dia takut nak tinggalkan puasa sebab takut kena minum air liur orang berpuasa nanti. kurus melidi. badan pun lemah. orang beraya dia baring saja.
Salam bermaafan dengan mr.ery tak pernah nak serius pun. camana nak serius, selalulah jari dia buat geli-geli.
Amboi adik, sebelah tangan je salam dengan mama budak Aqeel ni.
Kakak Azwa salam tak cakap apa-apa pun. tak apa mama faham.
Orang demam mood pun tak baik. Adik pun takut nak salam dengan kakak.
Sempat bergambar tiga beranak saja, tunggu punya tunggu adik sorang lagi tak sampai-sampai hingga aku dah bergegas nak balik Bachok untuk beraya dengan mertua pula.
Dah balik KL ni, baru aku perasan memang tak ada satu pun gambar raya dengan adik perempuan bongsu aku ni. Rasa raya tak semeriah seperti dulu.
selamat hari raya:)
Rokiah Abdul Hamid recently posted…Senang ke Hamil dengan GLA Complex?
Selamat hari raya kak rokiah.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Kesian Kak Azwa tak sihat ye.. tapi masih mampu senyum.
Pandai dia nak cantik dah Ema nama pun anak dara:)
Selamat Hari Raya Ema.
Kakzakie Purvit recently posted…Kuih pontianak & buah jadi hidangan juga di Hari Raya
memang badmood jer paginya, petang baru nampak happy…nak berjalan ke rumah saudara sendirian lagi…. empat hari jugaklah dia demam.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
alhamdulillah
cantik baju raya tema kelabu 🙂
selamat hari raya dan maaf zahir batin ea
terima kasih kak..selamat hari raya.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
selamat hari raya ema. tahun ni warna tema kelabu ye. family belah mentua akak pun pilih kelabu, tp kami 3 beranak melawan skit hehe. kakak azwa bagus la cekal berpuasa sampai kena paksa berbuka. insyaAllah akan jadi wanita solehah besar nanti,
LydSunshine recently posted…7 Hari Luth Beraya ; Naratif Bergambar….
Selamat hari raya kak lyd, last minute jadi warna kelabu ni. terima kasih atas doa akak…InshaALLAH.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
makin selim tau… apa rahsianya? 🙂
tak ada rahsia apa pun EB… mungkin sebab bulan puasa..
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Selamat hari raya puan.
Raihanah Ahmad recently posted…GLA Tiada Lagi Senggugut
Selamat hari raya, panggil ema jer.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Hehehe..masih belum terlewat lagi nak ucap swlamat hari raya..hehe..wahhh beraya di kelantan ekk..macam pernah jmp jer..haha
Hafizul recently posted…Tips Buat Suami Melawan Nafsu Giler
Selamat hari raya…ye ke pernah jumpa…. dari kelantan juga ke?
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
selamat hari raya ema, maaf zahir batin, cer berdiri amik gmbr tu, nk tgk jubah 🙂
ajumohit recently posted…Selamat Hari Lahir
owh, nanti ema post yang berdiri yer… labuh giler.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Selamat hari raya kak maaf zahir dan batin 🙂
Khairul Zamri recently posted…Salam Aidilfitri 1435H
Selamat hari raya juga.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Selamat hari raya dan selamat kembali bertugas 🙂
puteri kasih recently posted…Khasiat Buah Tembikai
Selamat hari raya puteri.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Suami sy pon mcmni…buat muka serius pastu gelak hehe..
selamat hari ry ek
itulah, tak jadi nak sedih-sedih kan.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Tahun ni pun takda gambar family. Adik dua orang raya dirumah mertua. Kurang sikit meriah rasanya.
Hazmin Hamudin recently posted…Isu Boikot Barangan Israel
bila tak cukup korum akan rasa kekurangannya kan.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Selamat Hari Raya, Ema!
Wah, tengok muka masam Azwa masa Aqeel bersalaman dengannya pun dah tahu mood tak berapa baik. Kasihan Azwa. Harapnya dah sembuh sepenuhnya sekarang.
Raya sekarang ni memang dah kurang kemeriahannya. Tak macam raya kita dulu-dulu. Riang-ria je rasa dalam hati. Cuma bergembira jugalah demi anak-anak yang ada.
Mummydearie recently posted…Bila Abang & Adik berbaju Melayu …
terima kasih…Selamat hari raya juga.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
sekarang pun boleh bergambar satu family bro Ismail..masih di bulan syawal lagi ni.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
Selamat hari raya juga.
emarieys recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung
ooo sng la 2 2 org kelantan
nureen mmg 2 2 utara tp totap raya ke3 baru blk sebelah lagi
sebabnya jln x sehala hehee
Comey..comey.. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak ema..Maaf Zahir dan Batin ye.. 😉
ctfand recently posted…CPUV Mayfair Bodyline Yang Kedua
salam aidilfitri ema
maaf zahir n batin..
memang nampak x bermaya sgt muka si kakak..
sekarang musim demam.. lya pon bru nk baik demam ni..
lya pon rasa raya kali ni x semeriah dulu…
wah meriah kak ema beraya.. heheh anak anak yang comel…
hafizi recently posted…Jangan Biarkan Susu Badan Kering
selamat hari raya ye ema.
Wah! ada gambo family dipagi raya ehh.