Hari Pertama Persekolahan.

Hari pertama sekolah ambil cuti demi kakak azwa yang pertama kali belajar di sekolah kebangsaan.
Seharian tunggu di sekolah untuk tengok kesesuaian kakak azwa itu bagaimana.
Masa kita belajar dulu, ibu bapa boleh tunggu di tepi tingkap kelas tapi sekolah kakak azwa langsung tak benarkan.
Nak tunggu juga, kena tunggu di kantin.
Jam 10.00 pagi, murid-murid tahun satu dibenarkan rehat awal dari murid-murid yang lain.
Lihat kelibat kakak azwa dengan kawan baru namanya ‘syafiqah’.
Biarkan kakak azwa beratur dan beli sendiri apa yang dia hendak makan dan minum.
Alhamdulillah, kakak azwa boleh berdikari.
Hari pertama sekolah
Nasi lemak dan air oren…sememehnya tudung kakak azwa ni..
Selepas rehat, murid-murid kena beratur di dewan terbuka mengikut kelas dan berjalan mengikut barisan menuju ke kelas.
Tengoklah aksi kakak azwa ni…macam dah kenal lama dengan mereka.
Pendaftaran tahun satu
kakak azwa di mana? kakak azwa di barisan no 3 dari belakang tu….
Pelajar tahun satu
kawan baru syafiqah belakangnya
Dan yang ini hari kedua sekolah…tudung pun dah pakai yang baru…yang berawning lagi baru nampak kemas.
Anak tahun satu
Hari ini tak tunggu pun kakak azwa
Selepas hantar kakak azwa ke tempat perhimpunan (setiap pagi kena berhimpun kat sana)
Terus gerak ke tempat kerja
Kena yakin dengan anak!!!!

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *