Pada malam Khamis 31 Mei 2012 telah dijemput untuk bersama-sama meriahkan majlis bacaan yasin dan doa selamat sempena hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-14, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur. Sebelum bergerak beramai-ramai kita posing di depan pejabat dulu yer… lelaki segak berbaju Melayu bersamping bagai..perempuan ayu berbaju kurung…ceewah.. handsome dan comel belako….tak gitu…
Surah Yasin diberi secara percuma untuk dibaca bersama-sama…warna kuning…warna di raja…sangat terang dan jelas untuk dibaca kerana tulisannya besar-besar.
Dimulakan sembahyang sunat masuk masjid (persendirian)…solat maghrib berjemaah..bacaan yasin dan doa..diteruskan lagi solat isyak berjemaah…dan bersurai…
Gambar di bawahdari protal http://www.islam.gov.my
Walaupun sebaris dengan permaisuri agong dan ister-isteri VIP…agak susah nak ambil gambarnya…
Sekadar mampu mengambil gambar berdua.. aku dengan rakan pejabat nor lela
Selesai solat Isyak berjemaah…bersalaman dengan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah dan ister-isteri VIP
Ketika tangan aku bersalam dengan isteri PM…agak terkedu kejap bila tangan berpaut, isteri PM mendongak ke arah aku…
Pengalaman face to face dengan Kerabat DiRaja dan golongan VIP
DAULAT TUANKU