Hari Keluarga Wisma Putra di Wetland, Putrajaya
Hari Keluar Wisma Putra di Wetland
si kakak dan adik sampai demam-demam….paling teruk si kakak…dah tak pergi sekolah hari ini..semalam demam panas dan muntah-muntah… penangan hari keluarga….
mengikut jadual bermula jam 8.00 pagi… tapi kami sekeluarga jam 9.00 pagi baru sampai…sengaja lewatkan diri…bersarapan kat kedai mamak dulu… biarpun sampai lewat tapi masih lagi belum dirasmikan… ingatkan kena parking jauh-jauh… Alhamdulillah akhirnya dapat yang paling dekat sekali… bagus juga datang lambat kan…huhuhu…..
lepas dirasmi… acara senaman aerobik yang memang rancak… bergegar segala tubuh badan..oppss…. si kakak dan si adik tengah blur…tengok orang keliling melompat sana sini..bergolek kiri kanan.
acara memang banyak… sampaikan ada yang bertindih… yang tak dapat nak join pun ada… tak mengikut langsung dalam program… acara sepatutnya jam 11.00 pagi tunda jam 3.30 petang… seperti hari keluarga yang tidak bekerluarga…itu pendapat sayalah….
time Dee rehat kejap…mr. ery minta ambil gambarnya….saya? segan tau….ahaks…
apa lagi nak dicertikan erkh…. dah tak ada idea nak share apa time hari keluarga ni…. nasib baik disediakan playground ni… seronok kanak-kanak bermain melompat-lompat di tengah panas…..
melepak di wakaf team kuning…… dibahagi kumpulan seperti sekolah-sekolah dulu…ada kumpulan kuning, biru, merah dan hijau…. siap bawa tikar lagi untuk baring-baring… time ni memang agak membosankan….
si adik dah separuh bogel…. tak tahan panas…meleleh air peluh..
mr. ery sepak bola sehingga kena orang sedang makan… tulah nak kenakan saya dah terkena orang lain….
kelibat maskot upin dan ipin menceriakan suasana…especially kanak-kanak… datang pula time matahari tinggi menegak kat atas kepala…. datang pun tak sampai setengah jam… time ni si kakak tak sempat jumpa maskot ni kerana sedang masuk pertandingan melukis dan mewarna….