Kemeriahan hari sukan dan karnival usahawan (KSU) SKDP. Malam sebelumnya datang ke sekolah ambil t-shirt dan kumpul di bilik PIBG dengan sukarelawan hari KSU. Kira merasmikam sekali bilik PIBG kami kat sini. Dah lama siap hias dan kemas, tak pernah guna.

Buah-buahan banyak ni sebab team PIBG berniaga rojak buah dan sengkuan calit. Betul ke ejaannya tu.

Hari Usahawan SKDP 09

Hah, itu yang baju coklat orang kuat kami. ke sana ke mari, penat lelah hanya dia yang hadapi. Aku panggil akak ‘kecoh’ sebab dia sangat peramah. mana-mana pergi semua orang kenal dia lah. Entah apa yang dibebelkan makcik tu sampai muncung mulut, adalah tu yang nak suruh bawa apa-apa.

Hari Usahawan SKDP 08

Esoknya, awal pagi dah siap nak pergi hari KSU. Seawal-awal pun, dah ada yang kat gerai potong buah. Aku yang tanggungjawab di bahagian gerai segan datang lambat sikit. maklumlah, nak kena siapkan anak-anak dulu, lepas tu cari parking kat luar tak ada kosong. Call akak kecoh ni, dapatlah park kereta dalam kawasan sekolah. Parking dalam terhad kena ada kad. Nasib ada YDP PIBG tunggu depan dan maklum pada guard.

Tengoklah, busy ke tak busy akak aku sorang ni..tunjuk arah ke apa tu?

Hari Usahawan SKDP 04

Ada dalam 20 gerai yang berniaga macam-macam jenis makanan dan minuman. Hari KSU, semua urusan jual beli pakai kupon bersiri. Semua permainan pun pakai kupon.

Hari Usahawan SKDP 05

Sibuk kat gerai, petang baru nak ronda-ronda apa lagi yang ada. Aku sendiri pun tak tahu sangat apa yang disediakan lagi kat sini. Anak-anak tahu datang minta kupon berkali-kali..patutlah…

Hari Usahawan SKDP 11

Hari Usahawan SKDP 13

Hari Usahawan SKDP 10

Hari Usahawan SKDP 14

Hari Usahawan SKDP 16 Hari Usahawan SKDP 15

Hari Usahawan SKDP 12

Hari Usahawan SKDP 17

Hari Usahawan SKDP 18

mamanya dah penat berdiri.. bawa anak kat dewan terbuka…aman dapat duduk dan julurkan kaki. anak pun aku kasi lepas, tak kisahlah kotor pun. diaorang lagi suka. lebih-lebih lagi budak kecik Ayra ni duk kacau abang.

Hari Usahawan SKDP 19

Hari Usahawan SKDP 20

Mr. Ery datang kejap-kejap sebab dia demam hari tu.

Hari Usahawan SKDP 26

Kenal ke budak lelaki yang menyanyi ni… peserta ceria kid star tahun lepas..ke 2 tahun lepas..dah lupa… dia bekas budak sekolah ini. sedap suaranya..

Hari Usahawan SKDP 27

Banyak aktiviti yang dijalankan hari KSU ini, paginya ada zumba. terlepas nak zumba..frust sungguh. lepas perasmian karnival, terus acara rumah sukan dan pembahagian hadiah…ada cabutan bertuah yang memang aku susah nak bertuah….hehehehe.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

7 Replies to “Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *