Majlis Hari Jadi Anak Saudara, Sri Farisya Aleeya. Sri Farisya Aleeya nie adalah anak buahku yang pertama bagi sebelah keluargaku. pada hari raya kedua (11 September 2010) adalah ulangtahun hari kelahiran yang ke-5. tapi parti ni dibuat sehari selepas tarikhnya sebab diaorang nie pun baru balik dari singapore. mamanya (angah) telah membeli sebiji kek tanda menyambut hari lahirnya. jadilah hanya sepupu dan ayah su dia yang ada, janji ditiup lilin itu hingga padam.
jadilah hanya tiga bersaudara ini melayan bufday girl. lamanya nak nyalakan lilin tue satu persatu. kakak dengan wajahnya dalam seribu persoalan. antara marah, kecewa, geram atau apa yang ada dalam fikiran wahai si kakak.
aqeel memang tidak akan terlepas dari gambar yang sedang teriak. alahai si adik nie. mamanya nak ambil gambar pun tak senang tau.
sila abaikan keadaan yang berselerak di belakang sana. memang sudah tidak terlarat hendak kemaskannya sebab tidak sampai beberapa minit saja akan bertukar kembali ke wajah asalnya. ini adalah rumah bapak tiri aku. tiap kali kami sekeluarga balik kampung di sinilah kami bertumpang teduh, mandi dan tidur serta makan tidak dilupa. nampak sikit wajah bapak tiriku. itulah gayanya tiap-tiap hari, masa dan tika. tidak kira raya atau pun hari biasa.
“Selamat Hari Jadi” Sri Farisya Aleeya. sian budak sambut bufday tanpa baba (ayah) di sisi. next year kita buat besar-besaran erkh. kakak dah genggam tangan nak belasah cake kazennya.
Selamat Hari Jadi Sri Farisya Aleeya
About emarieys
Ema has written 1335 post in emarieys.com.
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.