bila dah tak sekolah

kesian kakak. boring duduk kat rumah saja. mama dan ayah pergi kerja. adik tinggal kat rumah pengasuhnya. melayanlah tok ma nya dengan karenah si kakak ni. tok ma jadi cikgu sementara kat rumah agaknya. balik dari rumah kakak terus tunjuk apa yang dia buat hari ni.

mama : kakak buat apa?

kakak : kakak buat kerja tulis

mama : kerja tulis apa?

kakak : tulis..tulis..nie lah…

mama : siapa yang tulis ni?

kakak : tok ma..pastu kakak….(ikut ayat yang tokma tulis)

seharian kakak menulis. buku-buku yang dibeli pun dah habis dia buat. minggu ini kena beli lagi buku untuk kakak.

tok ma jadi cikgu dan tanda betul mana yang betul. siap ada markah lagi. tak sia-sia mama ajar kakak gariskan dulu untuk samakan perkataan semasa menulis. tulisan pun dah semakin cantik dan mengecil.kalau tidak, tulisan besar dan keluar garisan lagi….

hah, macam mana. cantik tak tulisan saya?

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge