Assalamualaikum.

Tak lama lagi sekolah akan dibuka kembali. Masing-masing pasti tengah sibuk membeli barang-barang keperluan sekolah untuk anak-anak. Ada yang baru nak mula sekolah rendah, ada yang baru nak mula sekolah menengah dan ada yang baru nak mula sekolah tadika.

Bila sekolah dah nak mula, ibu bapa sangat teruja untuk melihat anak-anak berpakaian sekolah. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang baru nak masuk tahun satu. Semuanya baru dari baju sekolah, kasut sekolah, tudung, seluar, beg sekolah dan alatulis. Berapakah anggaran perbelanjaan untuk anak sekolah korang?

Senarai keperluan budak sekolah

Tahun depan, Azwa belajar di tahun dua dan adiknya Aqeel akan belajar di Sekolah Tadika Perpaduan. Walaupun Azwa akan belajar di tahun dua, tetap juga ada perbelanjaan keperluan sekolah untuk dia. Ini senarai perbelanjaan keperluan sekolah untuk mereka berdua setakat hari ini.

Perbelanjaan Azwa sekolah rendah

  1. Buku Latihan Sekolah + Baju Sukan + Tudung 2 Pasang + Stokin (dibeli di kedai buku sekolah). Jumlah RM 96.00. Perlu ditambah lagi buku tulis.
  2. Baju Sekolah 2 Pasang RM 34.90 sepasang (Pasaraya Hari-Hari) . Jumlah RM 69.80
  3. Baju Singlet sehelai RM 5.90 (Pasaraya Hari-Hari)
  4. JUMLAH BELANJA : RM 171.70

Perbelanjaan Aqeel untuk masuk Tadika Perpaduan

  1. Baju Sukan (warna putih) 2 helai RM 4.90 (Pasaraya Hari-Hari) dan RM 6.90 (Pasaraya Kawanku). Jumlah RM 11.80.
  2. Seluar Track 1 helai (Pasaraya Kawanku) RM 10.90
  3. Beg Sekolah (Pasaraya Mydin) RM 24.90
  4. Kasut Sekolah (Pasaraya Mydin) RM 8.90
  5. JUMLAH BELANJA : RM 56.50

Belanja Alat Tulis (belian paket) : RM 35.19 (Pasaraya Mydin)

JUMLAH KESELURUHAN YANG DIBELANJA : RM 263.39

Setakat hari ini sebanyak RM 263.39 telah dibelanja. Belum masuk kasut sekolah Azwa, yuran sekolah Azwa. Belum lagi belanja untuk  sekolah agama jika permohonan ke sekolah agama diterima. Hingga kini, tak ada apa-apa jawapan dari sekolah agama. terpaksa tunggu sehingga buka sekolah. Harap dapatlah Azwa bersekolah agama tahun depan. Yuran pendaftaran sekolah Aqeel mencecah RM 200. Yuran bulanan bakal dinaikkan dari RM 10.00 kepada RM 25.00 atas sebab penambahan kelas Bahasa Arab.

Bagi aku, keperluan sekolah anak tak perlu beli yang berjenama dan beli di tempat ‘high class’. Tempat yang ‘high class’ tu dah sah-sah mahal, bila beli di kedai yang ‘low class’. kualitinya sama dan harga pun murah. “Barang murah tak tahan lama”. Anak-anak kalau dibeli barang berjenama pun sama tak akan tahan lama sebab mereka inikan lasak.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Senarai harga keperluan sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *