Durian Orang Kaya Dengan Biji Nak Telan Sekali
Harga durian orang kaya ni. Dengan biji-bijinya rasa nak telan sekali.
Hampir 2 tahun di bumi Afrika, jumpa buah durian yang dijual kat sini.
Hantu raja buah..Yes, that’s me!!!
Di Malaysia siap boleh makan free sampai kenyang. Tapi tidak di Conakry.
Baca: Makan Durian Sampai Kenyang dari Gred Biasa Hingga Gred Luar Biasa
Bila dah nampak benda yang jarang ada atau memang langsung tak ada dan teringin pula nak makan dah tak berkira pasal harga. Janji dapat melepaskan keinginan.
Masa inilah, menghargai sesuatu itu dengan sangat bermakna.
Itupun berhari-hari bertahan…akhirnya kecundang juga.
Sesungguhnya, tak boleh tahan.
Hari Sabtu adalah hari kebiasaan keluar beli barang dapur. Minggu itu pula adalah minggu pertama keluar untuk mencari barang dapur selepas habis kuarantin 14 hari di rumah.
Banyak juga tempat yang pergi antaranya American Store (kedai yang baru dibuka). Casino supermarche, city market, china gate dan kedai jual barang elektrik.
Kebetulan market di China Gate yang hampir satu tahun tutup, dah dibuka pagarnya. so orang luar dah boleh masuk membeli.
Dulu, beli sayur memang kat dalam kawasan china gate ini, tapi sejak ia tutup beli sayur di kedai depan china gate saja. Orang-orang cina juga yang berniaga.
Dan kat market China Gate inilah adanya durian. Jumpa durian yang dah di pek dalam bekas plastik.
Punyalah excited.
Tiada pula tanda harga, tapi dah agak mesti mahallah.
Tanya cashier, tertelan air liur bila dengar harga. Letak balik bekas di tempat asal.
Balik rumah tanpa beli buah durian.
Seminggu…berlalu…
Bos call, dia nak singgah China Gate dan tanya ada nak kirim apa-apa?
“China Gate? Durian?”
Mesti bos nak cari durian ni, sebab bos jarang pergi China Gate…yang selalunya pergi wife bos.
Hehehehe…semestinya nak kirim buah durianlah.
Tiada Rezeki
Malangnya…
Tak ada rezeki pula…china gate tutup..ada masalah dengan pekerja hari itu.
Beberapa hari berlalu..
Balik kerja, lari dari traffic dan ikut laluan ke China Gate.
“Nak singgah China Gate?” tanya bos.
“Saya ikut jer”
Wah-wah..harap ada rezeki lah kali ini.
Masuk market, yes ada rezeki…tinggal beberapa bekas.
Tapi tak sedar diri….duit bawa tak cukup pun nak membeli.
Hahahaha.
Tanpa segan silu pinjam dulu dengan SU3. janji dapat bawa balik benda yang dihajati yang tunggu berhari-hari.
Akhirnya…akhirnya…. hah, tengoklah video
Yes, dan inilah dia durian dari Thailand. Harga durian 280,000gnf sebekas bersamaan 28USD untuk 5 ulas. Hitung-hitung RM22 seulas yer korang.
Mananya tak rasa nak telan bijinya sekali.
mahal yer..xpe ema..semoga murah rezeki…dpt tunaikan craving..
Perghhh… Mahal nya!
Dah jauh kannn, kira rezeki gak tu dapat merasa. Nanti balik Malaysia sure pulun makan puas-puas kannn
x pe la,asal dapat merasa kan heheeh