Hype Motorsport Hotel, Seri Kembangan menawarkan buffet ramadhan dengan harga berpatutan iaitu bawah RM60 sahaja. Hype Motorpsort Hotel Seri Kembangan merupakan cawangan kedua bagi Hype Motorsport Nilai yang berkonsepkan litar perlumbaan motor dan juga kereta. Bagi yang meminati bidang permotoran, rasai suasana berbuka puasa di sini sambil menonton tayangan perlumbaan pada skrin besar yang tersedia.
Menu Tarikan Nasi Goreng Kambing
Tertarik dengan menu yang berbeza dari tempat lain iaitu Nasi Goreng Kambing pastinya menjadi tumpuan bagi mereka yang suka makan kambing dan inginkan kelainan dalam penyediaan nasi goreng.
Pelbagai juadah warisan Melayu dan juga western seperti bubur lambuk, steamboat, aiskrim, kuih muih, mushroom soup, Spagetti Bolognese, Spagetti Cabonara dan pelbagai lagi yang mana ianya sangat murah dengan harga yang ditawarkan.
Harga Buffet Ramadhan
Harga yang ditawarkan untuk buffet ramadhan di sini adalah RM58 dewasa dan RM28 kanak-kanak dan tempahan awal “early bird” akan menikmati dengan harga RM48 sahaja sebelum 15 Mei 2018. Tempahlah segera di talian 03-89395555 / 017-3831034.
Lokasi Hype Motorsport Hotel
Untuk pengetahuan semua, hotel ini asalnya adalah Hotel Nouvelle yang kini telah diambil alih dan ditukarkan kepada Hype Motorsport Hotel. Bagi yang biasa lalu Lebuhraya KL-Seremban, akan nampak hotelnya berada di sebelah kiri sebelum tol.
Murahnya RM60…
petai fresh dan udang sambal petai yg syok tu..
Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!