Bonne année de Guinée – Happy New Year from Guinea

happy new year from guinea

Happy new year from Guinea.

Bonne année de Guinée

Tahun baru kat sini pun ada bunga api..tapi tidaklah semeriah seperti Malaysia.

Orang Malaysia dah tanggal 1hb, orang kat sini belum lagi masuk ke tahun baru.

Sambut tahun baru di rumah dengan anak-anak.

Lain dengan Mr ery..keluar dengan SU3.

Tak jauh pun, dekat dengan pantai yang seberang jalan ni je.

Malam tu, dah bunyi muzik rancak sekuat-kuat tapi bukan dari kawasan pantai.

Dari kawasan sekitar bangunan.

Tak tahu sama ada dari pub atau rumah persendirian.

Risau takut tak boleh tidur macam sambutan hari krismas..jam 4 pagi masih rancak dengan muzik.

Tapi lega..untuk tahun baru tak sampai cerah…jam 1 pagi dah senyap.

Bayar 5,000gnf Tengok Bunga Api

Pengalaman pertama Mr Ery, untuk tengok bunga api di negara orang.

Dikenakan bayaran 5,000gnf, masuk ke kawasan pantai.

Kira malam itu, malam persendirian agaknya.

Dapatlah tengok bunga api beberapa kerat di udara.

Aku dari rumah pun dengar..tapi tak nampak pun bunga apinya.

“bunyi macam bedil” – mama aku punya komen di video…hahahaha

Kalau bedil tak duduk lama dah situ.

01.01.2020 – layan movie kat netflix jer

Mood nak keluar jalan pun tak ada, segala market pun tutup.

Duduk rumah..tup tup..

Ada bunyi bising kat luar..

Ada orang tengah berarak beramai-ramai..siap  dengan muzik bagai.

Setiap kereta, penuh dengan speaker besar.

Berarak menari gembira.

Agaknya, inilah cara anak muda sambut new year.

Lain tempat, lain cara sambutannya…apapun kami baik-baik saja di sini..

Happy New Year from Guinea

About emarieys

Ema has written 1295 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *