Happy Birthday Malaysia

Hari Kemerdekaan. Salam Kemerdekaan Malaysia ke 56 tahun. Agak lewat untuk ucapkan Happy Birthday Malaysia.

Merdeka tahun ini dapat juga melihat percikan bunga api di udara. Tahun ini kami pergi Putrajaya. Jika sebelum ini, hanya melihat dan dengar percikan dari dalam rumah tapi kali ini bawa anak-anak untuk melihat percikan bunga api besar-besaran.

Anak-anak tahan mata kerana mengantuk..tapi bila percikan bunga api bermula..terus mata mereka segar.

559775_10201720666001422_558873110_n Kami melihat percikan bunga api di depan PICC. Sayup-sayup dengar suara-suara para artis membuat persembahan. Tepat jam 12.00 t/malam, laungan kemerdekaan dilaungkan. Cuma percikan bunga api ke udara agak lewat menunggu hampir 15 minit.

3

Antara yang sempat dirakamkan di udara.

2 1 NewFolder31_zps05964450 Ke semua kenderaan di atas jalan berhenti untuk melihat percikan bunga api ini. Beruntung bagi mereka yang tinggal berdekatan. tak perlu bersesak-sesak hanya melihat dari jendela rumah saja.

bdd3ece4-90d8-4c7a-9372-de003e6fd53a_zps751ad706

Selama 25 minit percikan bunga api ini. Kami tak tunggu sehingga habis kerana tak mahu   bersesak dengan jem. Kami tak sesak dengan jem tapi kami sesat dengan jalan.

 

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge