International School di Guinea dah mula kelas minggu ini.
Maybe negara lain pun sama kan.
Abang dan Ayra hantar ke sekolah yang sama.
International School di Guinea ni tak banyak.
Yang betul-betul Internatioal School English cuma ada 2 sahaja.
International School di Guinea yang lain tapi lebih kepada French bukan English.
Satu American International School dan satu lagi International Modern School (IMS) (British English).
Tiada pilihan, ambil IMS lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja..yuran pula lebih murah.
Cuma tahun ini ada kenaikan sikit.. itupun harga masih murah dari International School lain.
Abang dah Grade 5, Ayra pula kali pertama…so masuk kelas kindergarten.
Dengan umur dia sudah 6 tahun, memang wajiblah hantar dia ke sekolah.
Kalau sebelum ini balik jam 1.00 ptg, tahun ini balik jam 3.00 petang.
Alahai kesian….mesti balik sekolah penat.
Hari Pertama Sekolah
Rutin si ayah juga bermula.. hantar dan ambil anak-anak.
Balik dari sekolah, si abang tewas juga… tidur..
Ayra cool..tak tidur pun..cuma belah lewat petang nampak mata dah kuyu sangat.
Paksa dia jangan baring, jalan-jalan sikit dalam rumah.
Elok selepas solat maghrib, tengok dia lena terus atas katil.
Sempatlah tanya Ayra sekolah macam mana? okey ke tidak? nak pergi sekolah lagi ke esok? kawan ramai ke tidak? cikgu baik ke tidak?
Seronok dia. Nak pergi sekolah lagi esok… belajar ABC, 123 and play toys.. Legalah…dia nak pergi sekolah.
Kalau ikutkan alasan dia tak nak pergi sekolah sebelum ini, tak boleh diterima.
Berapa orang ada dalam kelas Ayra? hanya 9 orang.
Sedikit?
Abang lagi sedikit, cuma 2 orang sahaja. hehehe.
Mungkin ada yang tak masuk lagi.
Hari Kedua Punya Cerita Lain Sikit
Hari kedua lain pula ceritanya.
Kedua-dia tewas selepas balik sekolah…tidur.
Penat lah tu.
Tanya lagi macam mana sekolah untuk hari ini?
Seronok ke tak?
Seronok, tapi ‘tired’.
“tired’ kenapa pula?
Sebab menulis katanya… hehehe
Dah tu nak pergi sekolah lagi ke esok? Ayra geleng kepala.
Haih, sudah..dah tak nak pergi sekolah pula.
Nak kena pujuk cakap..tinggal 3 hari lagi sekolah..lepas itu cuti 2 hari…sama dengan mama work.
Bangun pagi tadi, elok tak menangis pun..bersiap macam biasa
Dalam kereta nak sampai…Ayra cakap sakit kepala.
Hurm…. nasib dalam kereta ada sedia ubat angin.
Sampai sekolah tadi… ku biarkan Ayra dan Abang masuk sekolah sendiri.
Tunggulah balik petang ini..cerita apa pula yang keluar nanti.
Lain level sekolah dia ek.
Memang excited tengok si kecil ke sekolah. Sebab mereka pertama kali dapat keluar dan make surround dengan kawan kawan baru.