Halal food dan tempat shopping di Conakry, Guinea.
Jangan nak berangan tempat shopping macam Sogo, Midvalley, IOI bagai..
Bahkan Giant, Tesco, Mydin pun tak ada.
Yang paling besar pun ibarat 99 speedmart tu jer.
Itupun nasiblah ada.
Nak beli bahan basah, bahan mentah, barang halal pandai-pandai lah cari.
Walaupun sini majoriti adalah Islam tapi gaya hidupnya jauh beza dengan Malaysia.
Penat sikitlah kalau nak pergi shopping bahan-bahan basah dan mentah ni.
Sebab, kat sini ada..kat sana pula tak ada…sana ada..sini pula tak ada.
Jawabnya, semua tempatlah kena singgah.
Supermarket Yang Ada
City Market
Tempat beli groceries biasa.. tak besar dan tak banyak pilihan. Banyak produk jenama Carrefour ada jual kat sini.
China Gate
Satu kawasan, komuniti China. Tempat untuk beli sayur-sayuran..tak banyak pilihan pun..tapi kat sini lagi banyak dari tempat lain. Dari ada tapak market, tempat jual sayur…kini dah ada kedai jual beg-beg tangan lagi. Orang Cina punya bisnes..mana-mana boleh bertapak.
Super Marche L’ Imperial
Supermarket kat area Kaloum.. lebih selesa dari City Market. Banyak pilihan untuk membeli belah dari produk penjagaan diri, makanan dan perkhidmatan. Standard harga memang harga barang import..kat sinilah roti yang harga RM31 sebungkus. Brokoli fresh kadang ada…kadang tak ada..masa kontena belum sampai, beras pun beli kat sini…beras from Cambodia.
Continental Supermarche
Nak cari daging HALAL, pergi Continental…macam sama jer dengan Super Marche L’ Imperial cuma kat Imperial tak ada jual daging halal. Area Donka, jauh sikit dari bandar Kaloum. Agak selesa dan lebih banyak pilihan dari Imperial. Harga memang mahal. Satu-satunya produk Malaysia ada kat sini.. roti canai segera.

Super Bobo
Paling dekat dengan rumah sewa. Supermarket paling lama agaknya. Bila google, keluar super bobo ni dulu. Bangunan pun dah usang..tak terjaga. Kalau tak salah owner India. Ada jual daging halal tapi was-was nak beli sebab daging babi sebelah-sebelah jer…huhuhu.
Beli sayur, cili, bawang, nenas.. aku beli kat gerai depan super bobo. First time pergi dah dapat buah tangan free…terus tak singgah gerai lain..setiap kali pergi..setiap kali itu dapat buah tangan free…sekejap dapat pisang, avocado…nenas…sayur..pandai dia pikat customer kan. balik rumah, kena cuci betul-betul.

Depan bobo ni juga, ada kedai kecik yang jual lauk pasar yang dibekukan..udang, ketam, ikan pun ada… tapi ikan aku tak beli sini, beli di fish market terus…fresh..ada ayam halal kat sini..
Fish Market.
Kira macam pasar basah..Orang sini panggil Boulbinet. Sekali pergi memang beli banyak buat stok..rimas sikit tempatnya sebab ramai yang akan follow..selalunya Mr.Ery yang turun.. banyak ikan besar dan susah nak jumpa ikan kecil..ikan merah selalu ada.. ketam pun kemain besar giler.. better bawa orang local teman..barulah berbaloi.

Prima Center
Prima Center daerah Kipe. Satu-satunya tempat shopping yang agak besar sikitlah..luar kawasan Kaloum. Kalau tak jem, setengah jam sampai..tapi kalau jem 2 jam belum tentu sampai…hehehe.. Kat sini satu kawasan yang ada supermarket dan kedai-kedai sederet..kedai pakaian, pakaian baby, stationary, kedai kasut, permainan, cermin mata, restoran. Masuk pun kena scan setiap orang.

Gudang Bundle
Kaki bundle confirm seronok masuk sini. Kemain besar gudang. Tak pernah pergi, ni pun sempat snap masa lalu depan..nampak ramai yang tengah pikul guni.

Maaflah, tak sanggup nak bersesak kat dalam tu. Pengsan.
Kalau ikutkan ada lagi supermarket yang lain.cuma tak pernah pergi. Baru 3 bulan kat sini..masih berbaki 2 tahun 9 bulan nak explore.
Laluan ke opis pun ada supermarche yang baru buka. tak pernah lagi singgah..macam sama jer supermarket yang lain.
3 Replies to “Tempat Shopping dan Mencari Barang Halal di Conakry, Guinea”