Halal fast food di Conakry. Makan di Resto Cherry.
Kempunan nak makan burger mekdi.. kita makan burger di Cherry.
Malas nak keluar, ada delivery.
Ada rupa burger mekdi tak?
Yang ni plate..so, cukup lengkap ada fries, coleslaw, sos, dan sambal lagi. Dia punya sambal memang pedas giler.
Aku memang tak tahan…sebab tak suka makan pedas..
Lainlah yang suka pedas.. sedap katanya.
Mexican Burger Plate – 85,000gnf.
Mexican Burger Sandwich – 60,00gnf
Bezanya, set plate lengkap..set sandwich sebiji burger saja.
Ada lagi burger-burger lain..harga pun lain-lain.
Yang ni Calamar frits avee Tartar Sauce…kalau Malay nya..Sotong goreng tepung dengan sos ala-ala mayonis.
Sotong kat sini jenis besar dan isi tebal..silap masak liat macam tiub.
Sedap dan crunchy.
Pizza Pun Ada
Pizza, order through handphone jer…masa birthday Aqeel..
Macam-macam jenis pizza..macam-macam jenis menu. Pizza pun sedap.
Yang aku dah try setakat ni..Sharwarma Poulet – Roti sharwarma yang macam lempeng.. poulet is ayam.
Crispy Poulet – Macam roti john…tapi keras.. isinya ayam.. ini pun sedap..crunchy sungguh. Memang kenyanglah.
Delivery order memang cepat..15 minit dah sampai..
Charge delivery 10,000gnf.
Layan halal fast food sekali sekala..hari-hari konpem botak kepala.
Walau negara belum lagi maju, tapi tempat makan kira advance lah juga.
Majoriti tempat-tempat makan ni, semua kepunyaan orang luar..bukan dari rakyat Guinea sendiri.
Atas sebab itu, kat sini lambat nak membangun.
Lain-lain tempat makan di negara Guinea ni, aku dah share..
fuh nampak sedap lah. Take care ema kat sana. semoga segala urusan dipermudahkan dan dilindungi Allah