Sweet Sangat Abang Aqeel Ni

Hadiah untuk mama.

Oh KL, dah buka sekolah mulalah kembali traffik. Stress atas jalan bertambah bila pemandu tak reti sabar. Sesuka hati potong Q. Orang lain pun nak balik rumah juga brother..rilekslah. sambil pandu, sambil layan lagu… hilang rasa bosan. Membebel pula mamaema petang-petang hari ni.

 

 

Tetiba dapat hadiah dari abang Aqeel ni

Sampai di rumah, abang Aqeel yang bukakan pintu. Terus bagi satu benda berupa tag tulisan nama ‘mama’. “Ini, untuk mama”. Alahai sweet sangatlah abang. Kasi mama hadiah ni, ada apa-apa ke? Bulan ini bukan hari lahir mama pun.  Untuk ayahnya? Ayahnya tak dapat, naik jeles Mr.Ery..“tak apa..tak apa, untuk ayah tak ada pun”. Aqeel rasa bersalah. Dia bagitahulah tag tulisan ‘mama’ jer yang ada..tulisan ‘ayah’ tak ada. Dia beli tag ini dengan duit poket belanja sekolah.

 

Tag ‘mama’ ni dah tergantung kat handbag pun. Abang Aqeel yang gantungkan. Tak gantung nanti merata-rata lah mama letak. Dah dapat hadiah dari anak hilang terus rasa penat. Kalau macam tu, hari-hari lah mama nak hadiah. Hilanglah penat mama.  Sejak ada Ayra Sufia, jaranglah sikit nak bermanja-manja dengan Abang Aqeel ni. Dah besar kan. Tapi manjanya tetap masih ada. Walaupun dah tidur berasingan, bila bangun pagi sedar-sedar mesti ada dia di celah kaki…elok jer dia menyelit. Tak sedar masa bila dia merayap masuk bilik tidur sekali.

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
3 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 thoughts on “Sweet Sangat Abang Aqeel Ni

  1. Alahai.. hadiah untuk mama sweet sangat abang aqeel. Abang aqeel sentiasa ingat kat mama hingga bawa mama (tag) ke sekolah. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge