hadiah rare untuk suami

Hadiah ‘RARE’ Untuk Suami Sempena Hari Lahir

Bila ingat kejadian semalam, terus gelak sesorang. Member sebelah tanya ketawa pasal apa tu? Aduhai tak boleh tahanlah..nak menaip post ini pun tersengih-sengih lagi…u make me happy laa. Macam ini ke gayanya nak masuk ke 4 series?

Hadiah ‘RARE’

Malam tadi keluar makan dinner kira belanja makan sempena birthday Mr Ery esok hari. Aku kunci pintu rumah, aku tengok Mr. Ery cepat-cepat masuk dalam kereta duduk kat sebelah driver. Maknanya, aku yang kena drive. “bawalah nak pergi makan mana-mana pun, mama yang nak belanja”. Amboi, mentang-mentanglah bini dia dah pakai cermin mata lens alpha, no excuse tak bawa kereta malam lagi.

hadiah rare untuk suami

Aku bawa makan dinner tak jauh dari rumah..pergi Permaisuri jea..tempat biasa. Dah alang-alang ke sana, Mr Ery minta singgah dulu kedai nak beli flavour vape. Dia sorang yang turun, aku dengan anak-anak tunggu dalam kereta sambil layan lagu. Lepas setel “mama, dalam kereta ada selipar lain tak”? “tak ada, apesal”. Aku ingatkan selipar putus ke apa.. rupanya salah sarung selipar yang ni…hahahaha…

hadiah rare untuk suami

Tak sedar sebelah lain-lain. Jenis nak lebih kurang sama. Terperasan masa tanggal selipar nak masuk kedai vape lah tu….kih..kih..kih (tengah ketawa lagi).. Aku sangkakan orang perempuan yang selalu salah sarung, tapi orang lelaki pun sama yer…ke hanya laki aku sorang jer..

Terpaksalah aku keluar pergi cari pengganti selipar yang salah ni. Kat situ ada pasaraya, dan aku ingat atasnya ada kedai RM2. “mama, cari selipar jepun RM2 lah yer”. “mana-manalah”. Nasib Mr.Ery ni jenis yang tak kisah pasal barang murah pun.

Sambil jalan menuju ke kedai..naik lift…cari selipar… aku duk tahan nak gelak. Aku dah ada point nak pekena dia lepas ini..yealah, selama ini aku jer yang kena…bergurau senda suami isteri gituu.

hadiah rare untuk suami

Nah, selipar jepun. Bukan RM2 yer..tapi RM13.90… “mahalnya”. Itupun dia kata mahal. Tapi memang mahal pun kan…sebab mama yang bayar…hehehehe. Okey, ini kira hadiah ‘RARE’ untuk kelahiran Mr. Ery.

Sebagai tanda kenangan aku di sini. Selamat hari lahir untuk kandaku sayang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mencintai isteri, menyayangi keluarga. Selamat mencecah umur ke 40 tahun.

Masuk umur 40 ni, kena hati-hati…yea ke?

 

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

3 thoughts on “Hadiah ‘RARE’ Untuk Suami Sempena Hari Lahir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge