pink pink kaler…terasa sangat muda..

sori yer
ramai yang terkena sebab entry INI
manalah kami mampu nak ke sana
ke sabah..ke sarawak pun belum tentu pon

berangan tinggi melangit

tidak pun kalian doakan saya posting ke UK
United Kingdom tau..bukan Ulu Kelang…
manakan tahu doa kalian itu termakbul…AMIN

oh, kali ini mr. ery tidak lupa hari lahir saya
ingatkan sekali lagi dia lupa
dekat jam 12.00 t/mlm pun macam tak ada apa yang berlaku

elok nak pejamkan mata
tetiba dengar cik tupai menyanyi lagu ‘happy birthday’
mr. ery pasang you tube kat hp

dengarlah serangkap dua dia nyanyi sama
tak boleh kuat-kuat
takut orang sebelah dengar
ahaks..

itupun dah cukup menggembirakan
tidak mengharap apa-apa hadiah pun
kononnyaaaa…

nak hadiah tak mama?

tak ada hadiah pun tak apa lah ayah…janji ayah dah wish kat mama

kalau nak hadiah pergi ambil kat dalam beg

kebetulan aqeel pula terjaga nak susu

yea ke ada hadiah ni? ayah tipu (masih tak percaya)

tak nak sudah…ayah kasi lima minit saja..kalau tak, tak dapat dah hadiah tu

dah anak nangis ni…

tak tahu..kalau nak pergi ambil saja

teruslah bangkit cepat..takut tak dapat hadiah tu (gelojoh punya isteri)

geledah punya geledah dalam beg kerja mr. ery

ada sebungkus kotak dengan balutan reben kaler pink gitu


berat semacam saja ni……apa benda ni ayah

batu kot…ayah pun tak tak tahu

aku agak minyak wangilah

rupanya-rupanya

>

>

>

>

>

inilah hadiah istimewa dari mr. ery


thanks a lot dear

semestinya sangat suka

beli handphone dapat voucher untuk diskaun hotel 3h 2 malam di tempat-tempat terpilih


dengan itu, kami pilih Kota Kinabalu, Sabah untuk trip tahun depan punya

handphone lama tidak dibuang begitu saja.
masih diperlukan untuk kegunaan video call bila berjauhan dengan anak-anak
itupun hp mr. ery yang punya juga.

nota jari : minggu depan sangat busy dan berada di luar pejabat selama seminggu..kemungkinan nak berblog pun agak terbatas….terfikir nak buatkan contest sepanjang tinggalkan blog…tapi sedang memikirkannya….

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge