Hari Lahir Dan Hadiah Untuk Kakak Azwa

Hari lahir kakak Azwa semalam.

Selamat hari lahir untuk kakak Azwa. Semalam sempat post kat facebook je. Ramai juga yang ucapkan selamat hari lahir. Terima kasih semua. Ada yang bagitahu muka macam mama dia dah. yea ke? Masa kecik dulu, banyak ke arah muka ayahnya.

 

Birthday Girl1

 

Biarpun setiap tahun akan jumpa tarikh hari lahir tapi tak setiap tahun pun sambut dengan kek. bagi hadiah bagai. Hari lahir tahun ni, kita bagi hadiah satu. Semalam, balik dari sekolah agama, kakak azwa sangat mengantuk..duduk di sofa pun boleh lelap. Pastu kitaorang suruh dia pergi ambil barang dalam kereta. Dia duk tanya barang apa? Barang mama je, ada kat seat belakang.

 

Kitaorang duk mengintai dari celah pintu nak tengok reaksi kakak azwa. Eh, bukan main lagi dia goyang kotak bungkusan tu. Hilang terus rasa mengantuk dia.

 

Birthday Girl2

 

Ayahnya beli kasut roda. Dari tahun lepas lagi nak beli kasut roda ni. so, merasalah tahun ini.

 

Birthday Girl3

 

Dan malam tadi, ada budak jeles. Tak lain tak bukan Abang Aqeel. Dia ingat kitaorang nak sambut hari lahir sama. nak buat tengah-tengah. Abang Aqeel punya hari lahir lagi 3 minggu jea. tunggulah ada hadiah ke tak nanti?

 

About emarieys

Ema has written 1193 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge