Loading...
Contest

Pos Laju Dari Amiduddin….siapakah gerangan ini?

kring..kring.. (kena angkat panggilan tidak lebih dari tiga deringan kalau kat opis)

aku : hello

pian : hello kak, ada barang pos laju untuk kak ema ni

aku : barang? barang apa?

pian : entahlah kak, bungkusan.

aku : dari siapa?

pian : AMIDUDDIN

aku : siapa yang hantar barang kat aku ni…rasanya tak ada mengorder barang pun (dalam hati). ermm ok…akak naik sekarang.

pian : ok.

rupa-rupanya hadiah yang aku menang masuk kontest yang INI ….Alhamdulillah dah sampai dengan selamat dan elok… pada mulanya hadiah ini nak diberi bila jumpa face to face..takut bila diposkan akan pecah…tapi tak ada rezeki nak jumpa…so, akhirnya diaorang poskan…. terima kasih pada cute mum dan suaminya yang anjurkan kontest ini…wah, siap ada poskad kata-kata kemaafan dan ucapan selamat hari raya lagi…terima kasih banyak kepada mereka berdua.bertambahlah koleksi pin boling kat rumah ni.

tak lupa juga nak ucapkan terima kasih kat abang eq atas pemberian pin (orang panggil pin ke?) ini semasa bulan puasa hari tu… selamat hari raya untuk abang eq.

dan terima kasih juga kat EB atas pemberian pasu comel kat ema atas kemenangan apa erkh..alamak, dah lupalah….pasu ini ema letak kat atas meja buat koleksi kat tempat kerja… thanks dear.

hadiah yang aku pos untuk dua orang yang menang kontest ujang dulu telah dikembalikan balik…gara-gara aku menggunakan sampul pos ekspress… siap bertampal “DIKEMBALIKAN KEPADA PENGIRIM. HANYA DOKUMEN SAHAJA DIBENARKAN”. terpaksalah aku pack balik dan pakai pos laju..dah kira burnlah dua-dua sampul ekspress ni kan.

 

nota jari : orang memberi..kita menerima seikhlas hati.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge