Gulai Kalut Di Pulau Langkawi Begitu Cara Masakannya

Jumpa gulai kalut di Langkawi. Punyalah fikir apa benda gulai kalut. Pernah makan gulai ayam, daging, udang ataupun gulai kawah. Gulai kalut baru dengar. Kalau datang Pulau Langkawi kena cari.

Masakan Gulai Kalut.

Ini bos punya pasallah….tanya habis orang mana kedai gulai kalut ni. Cari sampai Pantai Cenang pun tak jumpa. Last-last jumpa depan Hotel Bayview. Itupun kedai dah nak tutup.

 

Gulai Kalut Langkawi

 

Bila sampai kedai, masakannya macam juga masak gulai ikan daging, ayam. Pilihlah lauk mana nak. terus gulai dipanaskan dan terus masukkan lauk yang dipilih. Tang kalut nya masak gulai kot. Yealah, nak masak gulai bukan sekejap kan. Tapi tak ada kalut mana pun, sebab gulai dah sedia masak cuma dipanaskan saja. Kuah gulai kalutnya memang power. meleleh peluh tahan pedas.

 

Gulai Kalut

Pilih juga ulam-ulaman untuk kesihatan. Petai dan timun jelah yang aku makan, lain-lain masuk perut orang.

#throwback

 

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

10 thoughts on “Gulai Kalut Di Pulau Langkawi Begitu Cara Masakannya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge