Gold Coast Australia belum sampai lagi. Gold Coast Morib dah. Doa-doa lah kat aku dapat posting ke Australia ke. Adik pula tengah bercuti di sana dah tiga minggu. Telan air liur tengok gambar-gambar yang dia hantar di whatsapp buah fresh bagai.
Gold Coast Morib
Tak bermalam pun di Gold Coast Morib ni. Gerak awal pagi dari rumah untuk hadir bengkel fail meja. Bawa abang Aqeel seorang. Ayra tinggal rumah pengasuh, kakak Azwa kebetulan ada kem. Aku seharian dalam kelas, abang dan ayahnya seharian mandi kolam.
Gold Coast Morib ada taman tema air. Harga tiket untuk dewasa RM 25 nett ( 12 tahun ke atas ) , Kanak-Kanak RM 15 ( 2-11 tahun).
Aku tak plan pun nak mandi sekali, tapi kolam macam memanggil. Terpaksa rela jadinya. Habis kelas, sempatlah turun kolam atas alasan nak teman aqeel. Bila teringat kes tertelan air masa mandi di Gambang Waterpark, ingatkan dia dah fobia nak mandi kolam. lagi bersungguh ada laa…boleh pergi sendiri main gelongsor.
Jangan kecam aku yea. Jadi anak-anak sementara. Segan juga nak turun gelongsor ni. Si Aqeel tak berenti mengajak “jomlah, mama..lawan gelongsor”.
Aku sangka tidaklah licin sangat gelongsor ni macam tak ada air. Sekali aku gelongsor, memang tak ada break.. Habis merecik air kat orang. Malu omak wey. Malu-malu pun ada dua tiga kali juga aku naik…hahahaha.
Lokasinya dah cantik, cuma air pantai kat sini tak boleh mandi manda. Air sangat kotor. Seronok mandi taman tema air je.
Balik dari Gold Coast, singgah beli ikan segar. Memang puas hati, ikan baru naik ke darat. Plan nak bawa family berbbq kat morib. Rumah penginapan persekutuan ada kat sini. Tak jauh dengan Gold Coast Morib ni.
Bestnya dpt bawa anak2 bercuti ke Gold Coast Morib… rasa nak pergi lagi… 😉
anuar recently posted…Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016
seronok juga ya di morib ni, part beli ikan segar tu paling best
Raihanah Ahmad recently posted…Hilangkan Jerawat Dengan GLA Complex
Tempat yg menarik utk dikunjungi dgn keluarga inilah dia salah satunya Ema. Memanglah seronok apa lagi kalau semuanya terlibat sama main air.
Wah best tempat. Tentu famili suka dapat bercuti disini.
akubiomed recently posted…Asing sampah dahulu baru buang.
Gold Coast Morib adalah tempat yang baru pertama kali dengar he..he..
mrhanafi recently posted…Cabaran Tempat Kerja Kian Terasa
tak pernah main gelongsor air …. dah besar2 nih teringan jugak..hehe
zik recently posted…Ulat sagu, ulat gendon.
dah lama teringin nak ke gold coast morib
Raihanah Ahmad recently posted…Kajol Sebelum dan Selepas, Kini Lebih Berseri
tak jauh dah rumah saya dengan Morib, ni pon kitorg baru balik lepak di pantai morib.
PCL recently posted…Lokasi menarik memancing Keli di Banting
Plan nak pi tahun depan, tak sabaq nyaaa
Mama Kembar 3 recently posted…Mesti Tonton Dangal!