nasi kerabu kelantan

Gerai Nasi Kerabu Kelantan, Mesti Singgah Sokmo

Nak share, gerai nasi kerabu kelantan kat Machang ni…setiap kali aku balik kampung mesti singgah. Kalau balik siang, sedang elok sampai gerai baru buka..kalau balik malam…esoknya baru pergi cari. Itupun bukan hari Isnin lah..sebab hari Isnin gerai tutup. Waktu urusniaga dari jam 5 petang hingga malam..jam berapa? Tak tentulah..ada cepat ada lambat…tengok pada nasi habis.

Dulu hanya satu gerai nasi kerabu kelantan yang berniaga situ. Ini dah bertambah..sekarang dah ada 3 gerai lagi.. Tak kisah orang lain nak berniaga..tapikan janganlah berniaga jenis yang sama..nasi kerabu juga…Yea, tahu rezeki masing-masing, tapi bagi aku macam tak baiklah… banyak lagi masakan yang boleh jual …ini siap minta resepi cara nak buat budu sedap macam mana..hurmmm.

Rezeki masing-masing kan.. Apapun kalau nak makan nasi kerabu kat gerai inilah aku akan pergi… sah berniaga situ sebab ada lesen…eh. tak mengata…just bagitahu jer…hehehehe.

Area mana? Bagi orang Machang mesti dah tahulah..bagi yang belum, gerainya tepi Sekolah Menengah Hamzah yang tular pasal suara menangis tu. Bolehlah try…sedap dan semestinya banyak nasi dan lauk.

Kot tak perasan yang mana satu gerai ini…jeritlah…“mana gerai nasi kerabu kelantan tuannya nama ANI yer”….ah, gituuuu…

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge