Loading...
Bisnes

Dari Kelantan Singgah Cendol Durian Musang King Tepi Jalan

Cendol Durian Musang King Tepi Jalan.

Balik dari Kelantan baru-baru ni, singgahlah gerai Cendol Durian Musang King kat Raub. Gerainya tepi jalan saja. Dah lama sangat teringin nak makan cendol durian ni. Setiap kali balik, asyik terlepas. Awal-awal pesan kat Mr.Ery, nanti singgah gerai cendol durian. Jangan terlepas lagi.

 

Dari bandar Raub laluan straight menuju ke Bentong. Gerainya sebelah kiri. Betul-betul tepi jalan. Akan nampak banner besar tertera Cendol Durian Musang King.

 

Harga cendol.

Cendol durian 2, cendol biasa 2. Anak-anak kurang gemar makan durian. Bekas isi ais cendol big cup punya saiz. Harga cendol biasa RM8. Harga cendol durian RM12. Cendol biasa isinya kacang merah (besar), cendol dan jagung. Yang durian hanya tambah durian saja. Harga macam tu kira harga mahal ke murah?

 

Macam rupa siam pula Abang Aqeel lepas potong rambut. Orang siam yang potong. Ambil peluang masa balik Kelantan, potong rambut di kampung lebih murah.

 

Bekas besar, tak habis pun makan kat gerai. Bawa balik rumah letak dalam peti ais. Esoknya, baru sambung makan. Nak pula Ayra makan cendol yang ada durian ni.

 

Pesan kat anak-anak minum sampai habis. Tolong jangan membazir. Teringin nak makan cendol durian di Melaka. Ada sekali bos belanja makan. Sedap.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge