Sohor sangat orang sebut GPO..GPO..Genting Premium Outlet (GPO) atas bukit tempat sejuk tu. Eh, tergodalah, sampai juga atas sana. Duk fikirkan sama je dengan Freeport A’Famosa Outlet, Melaka tu. Saja-saja dah lama tak pergi Genting Highlands. Banyak perubahan, salah satu GPO lah..pastu tak jumpa mana Hotel Awana Genting ni. Tempat naik cable car, stesen bas dulu-dulu berubah terus. Duk sangkakan GPO ni di tempat  paling atas..rupanya, di tengah-tengah.

Genting Premium Outlet (GPO)

Kalau nak datang ke GPO, korang terus masuk parking di bahagian atas. Tak penat korang nak jalan.. naik satu escalator terus sampai di bahagian outlet. Kalau korang parking bawah, bila nak keluar kena naik atas pula. Cuaca hujan, tapi tahap kesejukan tidak sampai menggigil pun.. tengok Ayra rileks jer dengan seluar pendek. Kakak dan abang memang beria lebih nak pakai sweater. Ngada-ngada.

Hari minggu memang agak ramailah orang. Khabarnya, hari Jumaat hingga Ahad akan ada sale sehingga 70%. Tak tahulah betul ke tidak. Tapi MamaEma pergi hari sabtu, memang tertera lah banner sale setiap outlet yang ada.

Berani ko beratur nak masuk Coach? Nak masuk dalam, nak tengok rupa harga Coach yang sebenarnya.. Ala, beratur jer pun..bukan kena bayar..hehehe. Ikut turn nak masuk walaupun taklah ramai. Bila masuk dalam tu, akan ada seorang yang terangkan bahagian itu bahagian ini..sale itu sale ini..lepastu bolehlah cuci mata..rasalah juga dengan sentuhan handbag berharga ribu-ribu.

Banyak outlet kat sini, sampai tak tahu pun ada jenama itu..ada jenama ini.. Yang MamaEma sempat masuk Coach, Guess, Carlo Rino, Charles & Keith, Furla dan lain-lain. sakit kaki jalan sana sini, masuk pintu tu..masuk pintu ni.. cuci mata. Nak juga tengok handbag, kasut, pakaian yang berjenama ni kan..camana rupanya..camana kualitinya.

Gaya itu percuma, try itu percuma..ambil itu kena bayarlah.

Pastukan..pastukan.. MamaEma belek-belek juga beberapa item dalam lain-lain outlet sekali tengok tag Made in China. Lol, produk dari China ke? Bukan original? Lepas ini kalau ada rezeki pergi China, baik beli di sana lah kan..maybe murah lagi.. Ermm, entahlah. Tak dapat nak bezakan sebab tak sampai China lagi..lagipun banyak gred kan…Orang macam MamaEma ni, pakai beg harga beribu pun orang tak akan percaya..baik beli yang cilok terus..yealah, orang biasa-biasa bukan orang ada-ada.. Tapi memang pun tak pernah beli handbag mahupun kasut berharga beribu aih.. yang puluh pun dah cantiklah.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

9 Replies to “Genting Premium Outlets Produk Dari China?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *