rambut ala africa

Ayra Dengan Ikatan Rambut Ala-Ala Gaya Rambut Africa

Hola..hola… amboii mek Ayra..terkejut datang opis dengan gaya rambut ala-ala rambut africa.

Siapa yang ikatkan tu?

Pengawal sekolah abang, sambil tunggu abang balik sekolah.

Tak sakit ke adik?

Rambut tak sakit, kaki yang sakit.

Kenapa?

Rupanya kena berdiri lama masa jaling rambut tu.

Hahaha..kesian.

Hanya jaling…getah rambut tak ada, sekejap dah terhurai…kalau tidak lagi lama bertahan.

Mujurlah rambut Ayra, dah ikal original.

Rambut original Africa, lagi lah ikal kerinting nya..rapat-rapat gitu.

original africa hair

New friend dari Africa…anak salah seorang KAT kat sini.

Sebaya dengan Ayra.

Tengoklah rambut dia..siap bermanik bagai lagi.

Aku tengok, aku pula yang rasa seriau…tak sakit ke ikat rapat-rapat macam itu sekali.

Anak rambut pun tak kelihatan.

Tak tahulah agaknya sampai bila ia kekal dengan manik.

Aku duk bayangkan..bila panjang macam mana?

Penjagaan dia pula camana..tak basah rambut ke?

Macam mana dia shampoo?

Ada tu kecik-kecik lagi dah  gaya dengan manik.

Rambut pendek pun boleh juga letak manik.

Aku ingatkan, diaorang ni pakai extension hair tu.

Pagi-pagi hantar abang Aqeel sekolah, selalu juga nampak mak-mak tengah rapikan rambut anak diaorang.

Yang lelaki susah nak jumpa yang rambut panjang.

Semuanya rambut pendek yang hampir botak tu.

Jimat tak perlu pakai sikat rambut..

Keunikan rambut original mereka ni mana tahu bakal jadi model terkenal satu hari nanti.

 
&nbsp

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

3 thoughts on “Ayra Dengan Ikatan Rambut Ala-Ala Gaya Rambut Africa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge