Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Ummiza Cafe

Hampir penghujung syawal dah. Last hari ini kan. Tapi masih ada lagi open house minggu ini. Yealah, orang bandar nak buat majlis biasanya nak kena tunggu hari cuti minggu. Habis syawal tetap ada majlis open house. Macam opis kite, sambut esok. so, esok pakai baju rayalah.

Sabtu lepas mamaema pergi Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari di Ummiza Cafe, Jenderam Hulu, Sepang. Majlis mula jam 10:00 pagi, tapi mamaema sampai sana dekat 12:00 tengahari. Gerak lewat, sebab Mr. Ery tak berapa sihat hari tu…so mamaema paksa juga follow sekali, sebab mamaema malas masak. Tambah lewat lagi, tak jumpa lokasi. Tapi tak adalah sesat barat, sesat timur jea.

Gathering Raya KBBA07

Ini kali kedua mamaema join event Kelab Blogger Ben Ashaari. First masa di Melaka, kursus fotografi. Bila gathering ni, makin ramai blogger yang mamaema tak pernah jumpa, cuma bersua di alam maya. Sampai sana, mamaema terus duduk dan makan. punya tak senonohnya kan.ahahaha. Tidaklah, first bersua dengan kaklong kelab kita Kak Dila. Majlis pun dah banyak aturcara dijalankan.

Gathering Raya KBBA05

Seconditem Burger Banting

Sedap sangat burger colorful yang mamaema kusyuk masuk mulut. Ayra pun dah terliur sekali tu. Inilah burger dari Seconditem Burger Banting. Salah seorang penaja untuk gathering raya kelab blogger ben ashaari.

Gathering Raya KBBA04

Dan ini pertandingan siapa cepat habiskan makan burger. kena dua tiga kali juga masuk mulut dan kunyah. bukannya kecil, besarlah juga. lebih-lebih lagi bahagian isi ayam.

Gathering Raya KBBA09

Ummiza Cafe

Sangat selesa Ummiza Cafe ni. Kawasan luas dan tenang walaupun lokasinya di tepi jalan. Anak mamaema sorang ni habiskan roti canai sampai 4 keping.. katanya sedap mama.. hahaha, malu mama.

Gathering Raya KBBA08

Gathering Raya KBBA01

Bersama Blogger Kechik, Blogger Bonda dan Blogger Kak Dell. Ini kali kedua mamaema jumpa.

Gathering Raya KBBA03

Bersama Blogger Yanty Lee (First Time), Blogger Kak Julia dan Blogger Kak Azura. Keduanya dari Melaka.

Gathering Raya KBBA10

Tengok hujung sana, itu pinggan ke-4 anak dara mamaema makan roti canai.

Burger

Pandangan mata kata cantik, mulut kata sedap. Ini baru betul. Lepas ni, tukar trend. Tak perlu kek bertingkat-tingkat, kita order buger bertingkat-tingkat dengan Seconditem Burger Banting.

Gathering Raya KBBA06

Selain burger, pelbagai makanan ada di Seconditem Burger Banting ini. Western food salah satunya. Wah, memang kenyang sangat hari tu. Ada masakan kampung dari Ummiza Cafe ada Western Food dari Seconditem Burger Banting. Dan ada minuman kotak dari Yeos. Mana-mana event, Yeos tak pernah ketinggalan.

Selain makan-makan dan makan, ada permainan dan hadiahnya. Tahniah mereka yang menang bawa balik hadiah dari Cosmoderm, Dr.Tigermilk dan Fatabestari.

Gathering Raya KBBA02

Majlis Kenduri Kahwin

Lepas gathering raya, mamaema kejar masa ke kenduri kahwin anak rakan satu kementerian. Alang-alang dah dekat sangat dari Ummiza Cafe dengan Bangi, so kita singgahlah. Itupun mamaema turun dengan kakak azwa dan abang Aqeel. Mr.ery dan Ayra tunggu dalam kereta. Masih sakit kepala mr.ery nya, dan Ayra pula dah tidur. Walaupun satu kementerian, tapi kami satu jabatan lain-lain. Jauh pula tu. satu di KL satu di Putrajaya. Last jumpa dengan kak ambang ni pun tiga tahun lepas. satu team bowling. Kak ambang pula baru balik posting. tak sangka sangat kak ambang masih ingat mamaema untuk bagi kad jemputan.

Bila jumpa di kenduri, kak ambang macam-macam tak kenallah mamaema ni. Jadi, terpaksalah mamaema bagitahu nama..terus dapat pelukan kasih sayang..ceewahhh.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

13 Replies to “Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari Di Ummiza Cafe”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *