Loading...
Parenting

Games Untuk Hari Keluarga..Kecoh Habis

sukaneka hari keluarga

Games untuk hari keluarga..memang kecoh habis.

Sepatutnya dah lama nak share pasal hari keluarga Wan Jah ini.

Busy dengan preparation posting, tak sempat langsung.

dan terus terlupa.. tengah godek-godek gambar dalam handphone.

Banyak lagi story tak share… raya tahun ini pun tak ada dalam blog lagi.

Hurmmm…put in semualah yea.

Raya Tahun Ini

Tahun lepas tak balik, so tahun ini wajib baliklah.

Yealah, tahun-tahun akan datang belum tentu dapat balik raya lagi.

Dah stay jauh kan…

Tema baju raya hitam. Ini first time pilih hitam.

Motif hitam..nak kasi slim (-_-)

aidilfitri 2018

with kakak aidilfitri

Raya pertama, rumah famili aku. Macam biasa hidangan semestinya Nasi Dagang.

Tunggu abah datang, bermaafan..dan berposing sakan. Terlepas yang bongsu perempuan, lambat sangat sampai.

Abah, time nak ambil gambar ni pun dia menangis….sensitif sangat sejak berumur ni. Moga dipanjangkan umur abah.

with abah aidilfitri 2018

Setel beraya rumah famili aku, terus bergerak ke rumah famili Mr.Ery. Kampung dekat-dekat.. senang.

family in law aidilfitri 2018

Hari Keluarga Wan Jah

Raya Kedua, awal pagi dah terpacak kat rumah Mok We (nenek Mr Ery). Sambut hari keluarga Wan Jah kali ke-3. Sponsor sepenuhnya dari Mok We.

Plan nak buat hari keluarga ini pun last minute.

Mok We bersuara suruh buat, terus on.

Mak mertua prepare hadiah, aku prepare acara sukaneka.

Orang kuat hari tu, Mr Ery lah..

Dengan berbaju Melayu, bersampin, bertengkolok bagai.

Jadi pula, juru acara sukaneka.

Sukaneka Pengerat Hubungan Keluarga

Keluarga belah Mr. Ery memang besar..  dah sampai ke pangkat piut pun.

Masa inilah, nak kenal saudara mara..nak kena anak cucu semua.

sukaneka di hari keluarga

Ingatan MokWe masih kuat…setiap cucu cicit piut..dia kenal.

Antara senarai games yang aku sediakan:

  1. Rebut Gula-Gula
  2. Bawa bola dengan sudu
  3. Mewarna
  4. Tiup Tepung
  5. Rebut Kerusi
  6. Isi Air Dalam Botol
  7. Balingan kasih
  8. Buah Dadu
  9. Belon Beracun
  10. Passing Straw Getah

*Games no. 2,3,9 dan 10 tak sempat nak buat.

Games budak-budak biasa tengok yang veteran ni jarang sekali boleh tengok.

Sporting-sporting semua mak pak sedara. Tengah masak kat dapur pun minta berhenti dulu.

Games untuk orang veteren ni semestinya belon beracunlah.

Tengok siapa dapat sambut belon, siapa yang tak dapat sambut, siapa yang basah kuyup. Jarak makin lama makin jauh.

belon beracun

Lagi satu yang bikin kecoh satu kampung, acara buah dadu. Yang ni wakil setiap keluarga 3 orang. Tak kisah besar kecik.

Nak menang, kena langkah panjang..kena pandai baling dadu.

Hancur dadu yang aku buat…hehehehe.

Nombor genap, langkah ke depan

Nombor ganjil, undur ke belakang

Biasalah adat semua nak menang…habis luas langkah ke depan..sehabis pendek undur ke belakang..

Layanlah, video ni..

Video agak bergegar…sambil rakam..sambil dukung Mek Ayra..yang bad mood hari tu.. Haih.

About emarieys

Ema has written 1227 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

0 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE