Loading...
Travel

Fun Drive Urban Crewz EOCM

Beginilah jadinya bila masing-masing sibuk dengan aktiviti sosial. Seorang aktif kelab blogger dan seorang pula aktif Kelab EOCM. Makanya, ada sahaja aktiviti di hari minggu. Ini kali kedua join Fun Drive UC EOCM, tahun lepas ke Port Dickson dengan perut memboyot, tahun ni ke Gambang Waterpark dengan perut sudah kempis kendong anak kecil. Fun drive tahun ini ramai yang join, ada dalam 22 keluarga. Masa inilah nak kenal moksu-moksu dalam group family urban crewz. Moksu ni wife pada poksu-poksu lah.

Fun Drive 2.0 Urban Crewz EOCM.

Sebahagian geng moksu Urban Crewz.. ada yang pertama kali jumpa. Bila dah berkumpul ramai-ramai memang topik borak macam-macam keluar. sambil tunggu yang mana keluarga tak sampai lagi sambil beramah mesra.

Fun Drive UC 07

Anak-anak Urban Crewz dari umur belasan tahun hingga baby. Budak-budak bab nak berjalan nombor satulah. Boleh pula bangun awal pagi terus masuk bilik air danĀ  mandi. Tak sempat nak bagitahu pergi mandi, budak-budak dah ready. Kalau pergi sekolah, selagi tak sebut nama penuh, selagi tulah menggeliat lagi tempat tidur…geram pun ada.

Fun Drive UC 06

Fun Drive UC 32

Sebelum bergerak, doa dibacakan untuk perjalanan kami lancar dan selamat. Alhamdulillah. Seronok bila konvoi ramai-ramai atas satu kelab kereta ni. Orang akan tengok dan ada yang bagi laluan. Hari fun drive hari cuti 3 hari, trafik di lebuhraya memang teruk. Lebih-lebih lagi tol Bentong tu. yang laluan Smart dah tak smart pun.. lebih cepat touch & go. Bukan senang nak bergerak satu baris di lebuhraya, mesti akan ada terselit kenderaan lain..yealah, lebuhraya bukan kita punya seorang.

Fun Drive UC 08

Pit Stop ke-2. Ada team yang terputus barisan dan ada ketinggalan di belakang.

Fun Drive UC 09

Selepas harungi trafik dan berhenti makan di RnR Temerloh, akhirnya sampai jua di Gambang Waterpark. Perjalanan hampir 6 jam. Kami tak stay di Gambang Waterpark, kami sewa homestay dekat area situ. Pilih homestay sebab ada 4 keluarga mertua yang ikut sekali.

Fun Drive UC 05

Balik homestay nak rehat, tapi tak sempat nak rehat pun. Dapat mandi dan segar badan, terus bersiap untuk main sukan.

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE