Travel

Freeport A Famosa Outlet, Apa Yang Menarik Di Sini

Mandi kolam lagi ni…manalah tak terbakar kulit anak oii..stress mama ko ni anak weii. Tak sangka pula kat apartment pun ada kolam renangnya. Alang-alang anak pun dah nampak kolam, terus cakap “esok nak mandi sini”.. Bertabahlah mamanya.

Esok, pagi-pagi ada senamrobik..tapi nampak ramai yang tak join..masih kepenatan agaknya.. masa inilah anak-anak lagi sekali terjun kolam..menggigil-gigil kesejukan.. Aqeel sampai mengalah cepat..dah ajak masuk ke bilik.

Hah, ambik..gigil sejuk kan..orang lain tak terjun kolam lagi..korangĀ  dah terjun..Bising jugalah mulut MamaEma..nak ajak naik pun..tunggulah sampai sarapan pagi.. Tak kuasa nak turun naik haih.. Tak lama, sarapan paginya sampai.. sarapan dengan nasi lemak dan kuih keria..nasi lemak sedap..kuih keria pun sedap.. macam kuih keria yang viral tu lah…sangat lembut.

Abang Aqeel memang surrender..dah tak turun dah..lain pula si kakak ni.. sanggup turun balik semata-mata nak mandi kolam lagi..terpaksalah MamaEma pun turun balik..bawa turun Ayra sekali.. Ayra pun dah bangun tidur.

Dah nampak mentari dah naik tu…cukup-cukuplah berendam dalam kolam tu kakak oii.. naik lah..nak balik dah ni.. dalam keadaan dah nak balik pun..sempatlah haih, posing-posing..

Freeport A Famosa Outlet

Sebelum balik KL, sempatlah singgah di Freeport A Famosa Outlet. Keluar sikit dari A Famosa Resort jea.. Pusing-pusing tengok apa lah yang menarik di sini. Orang yang suka shopping, memang seronoklah..Banyak outlet barangan branded dan harga murah. MamaEma tak beli apa-apa pun.. ronda saja kat dalam ni.

Itu sajalah yang menarik kat sini.. tempat orang yang suka beli belah.. lagipun orang pun tak ramai. Nak ronda-ronda pun okey..Tapi kami ni penat, penat jalan sambil dukung Mek Ayra.. Dia memang lah sangat…malas nak jalan. Bergilir dukungkan dia yang beratnya lebih 12Kg.

Banyak tempat menarik yang ada di Theme Park A Famosa Resort sebenarnya, Tak cukup masa nak pergi semua tempat. Ada Cowboy Town, Ada Safari Wonderland, Ada Old West dan banyak lagi. Boleh layari laman web https://www.afamosa.com/ untuk lebih details.

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

9 Comments

  1. banyak tempat menarik kat Melaka ni, tapi kite yang orang Melaka ni pun tak abes pergi hihih
    Norliza Nordin recently posted…Review Deluxe Room – Bayview Beach Resort PenangMy Profile

  2. Seronok ema pergi sana ya. Maznee selalu balik kampung nampak sebelah highway ni
    Mazni Azmi recently posted…Khasiat vivix untuk kanser? Makanan anti barah FAKTA atau AUTA!My Profile

  3. Nama tempat freeport ya ema. Tapi mesti kena bayar kalau nak masuk kan
    Mama Hakim recently posted…12 Tips bina rumah banglo dari Kontraktor supaya berkualiti: Site Visit Di KlangMy Profile

  4. hoho..

    macam pernah masuk je dulu.
    titan recently posted…Buat Duit dengan ShushiVidMy Profile

  5. Bawa anak pergi taman tema air kena pehatian lebih

    budak budak ni pun seronok sangat
    Ibu Zaid recently posted…Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!My Profile

  6. Ty pergi masa 1st day muka dulu sbb de bengkel kerja opis dulu.. mmg rambang mt kjp. semua rasa nk beli..
    Yanty Lee recently posted…Indobowl , Lakeside Field Sungai BesiMy Profile

  7. Sama la anak-anak di rumah ni. Musim cuti ni entah dah berapa kali pergi mandi kolam. Sampai kulit pun dah gelap, alang-alang cuti..
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat PenyakitMy Profile

  8. Banyak betul perubahan yang dah berlaku kat Melaka ni, semakin banyak tempat menarik untuk dikunjungi
    Khairul Zamri recently posted…Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk 2017My Profile

  9. memang kalau ada kolam mandi..mesti kena mandi..hahaa..
    nadia johari recently posted…DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE : PERLINDUNGAN BERPANJANGAN DENGAN PENJAGAAN KULIT YANG LEMBUTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge