Freeport A Famosa Outlet Barang Branded Harga Murah, Semua Nak Beli
Assalamualaikum..hoolaa.hoolaaa..nak raya dah..nak raya.. shopping raya belum lagi ni. semua barang mahal-mahal wey. tak mampu nak shopping raya. Kejap..kejap, kat mana yang kata harga mahal tu. Sini ada jual murah tau, barang branded lagi. Kat mana? Sinilah di Freeport A Famosa Outlet, Melaka.
Freeport A Famosa Outlet, Melaka
Alaa, jauhnya.. Mana ada jauh pun, dekat Alor Gajah, Melaka jer. Dari KL masuk highway ke Selatan, exit tol Alor Gajah, follow signboard A Famosa Resort, exit tol tak sampai 10 minit sampai. Yealah, daripada korang bersesak sangkut jem masuk KL time musim nak raya ni, lebih baik pergi ke Freeport A Famosa, Melaka. Aku sendiri pun pergi shopping sana. Pergi pula dengan kawan-kawan KBBA9, memang havoc giler lah. Kami ni pun dah macam satu keluarga.
Dalam perjalanan sambil dengar lagu-lagu raya, lagi semangat nak shopping. Walaupun ada orang tu saja menyakat aku bagi lagu raya yang sedih-sedih sebab aku tak dapat balik beraya tahun ini. Rileks jer. tak menangis pun. Sebab dalam hati aku, lebih teruja nak shopping sebenarnya. Tak balik kampung pun, raya tetap raya kan..
Barang Branded Harga Murah
Aku pernah sampai sini masa Hari Keluarga JTM anjuran opis Mr. Ery. Singgah sekejap sebelum balik ke KL. Masa itu, aku tak beli apa-apa pun. Hanya cuci mata dulu. Tapi kali ini, jeng..jeng..jeng..shopping ke tidak? Kalau korang nak tahu, kena baca sampai habis.
Baca: Apa yang menarik di sini?
Okey, disebabkan sampai sini pun agak awal setengah jam, sempatlah posing depan-depan. Sambil melilau mata tengok kenderaan berpusu-pusu masuk. Walaupun pintu masuk outlet masih tutup, dah ada orang tengah beratur. Wah, ramai yang nak shopping raya ni.
Tepat jam 10:00 pagi, pintu dibuka..ramai masuk serbu. Tapi jangan risau sebab ia tak sesak macam Jalan Tar tu. Walaupun ramai, kawasan pun luas. Nak jalan pun selesa. Banyak pilihan outlet untuk korang masuk. Aku sendiri pun tak tahu nak masuk yang mana dulu…hahaha rambang mata wey.. awal-awal lagi dah nampak kertas sale..sale..sale…Biasalahkan orang perempuan.
ke mana hala tuju kami?
Pelbagai Outlet Ada
Disebabkan masuk dari pintu west wing, yang pertama nampak outlet Cotton on dengan 50% diskaun, itu yang kami semua masuk dulu. Elok jejak kaki ke dalam, masing-masing “wahhhh, yang ni murah..yang tu murah” “nak ambil yang ni, nak ambil yang tu”. Amboi, kemain lagi kan…kalau bapaknya kita Dato Aliff Syukri mahu borong semua…hehehe.

Bila pergi dengan team yang satu kepala, maka tak gaduhlah nak masuk outlet mana..semua ikut jer. Yealah, lain-lain pilihan kan. Antara outlet yang kami pergi Carlo Rino, Body Glove, Luv Lux, RC Signatures, Puma, Skechers, Li-Ning dan Toy World. Dahlah tag harga kat item pun dah sale, sekali nak pergi bayar, dipotong lagi 6% tanpa GST. Memang harga kaw-kaw murah.

Kasut warna pink tadi di Cotton on, kasut bawah ni di outlet Skechers. Aku kenal skechers ni, sebab minat dengan duta jenama ini dari Negara China, pelakon cerita Princess Wei Yong. Setiap hari, usha instagram dia..Itu sebab tahu dia duta jenama Skechers. Best sangat, ringan giler kasut
Okey, kita test sarung. Ngam-ngam saiz kaki aku. Nak ambil ke tak..nak ambil ke tak…
Kedai mainan Toy World. Macam-macam jenama mainan. Kalau bawa anak-anak ke sini, mahu tak nak balik selagi tak beli mainan.

Mainan untuk anak perempuan, sederet mainan princess.
Amboi kusyuk pula Blogger IQ pilih wallet
Penat Berjalan, Berehatlah Dulu
Kaki pun dah rasa lenguh-lenguh sebab banyak sangat dah berjalan, ada tempat untuk korang rehat sambil cuci mata tengok outlet yang sale giler-giler kat depan ni. Cuci mata dulu, bila dah cukup rehat sambunglah balik shopping raya. Tak gitu?
Tak cukup duit terlebih belanja, itupun tak perlu risau. Ada mesin ATM memudahkan korang tambah duit. Hehehe. tapi beringat berbelanjalah dengan bijak tau. Kredit gambar: Razi
Kemudahan Asas
Kemudahan asas lain seperti tandas dan surau memang disediakan dengan cukup lengkap dan selesa. Tandas yang sangat bersih dan terjaga. Ruang solat yang luas dan ada telekung yang bersih dan banyak. Oh ya, tempat letak kereta pun sangat luas dan ianya PERCUMA. Nak outdoor photoshoot pun best kat sini tau. Hah, tengok kami ni, macam-macam gaya ada.
Kredit gambar: Pak Ya
Muka happy dapat shopping
Walaupun masing-masing semua berpuasa, tak rasa letih pun berjalan kaki masuk sana masuk situ. Lagi happy ada, sebab dah jumpa dan beli barang apa yang nak. Balik rumah dengan muka senyumlah..selesai shopping raya kat sini. Korang pun masih ada masa lagi nak cari baju raya kat sini. Tengah cuti sekolah ni kan, bawa anak-anak sekali. Buka puasa terus kat Freeport A Famosa ni, ada banyak kedai makan. Lagipun operasinya dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari. Okeylah. happy shopping untuk korang dan Selamat Hari Raya.
Nah, follow media sosial Freeport A Famosa, untuk dapatkan promosi-promosi best dan terkini:
Follow IG : @freeportafamosaoutlet
Follow FB : Freeport A’Famosa Outlet
dah lama tak pergi Melaka. Tengok ada macam-macam dekat sini a famosa outlet..shopping sakan korang ye…bolehla tengok bila datang sini
seronok shopping dekat Freeport Afamosa ni, tak pandang kiri kanan dah kalau nak membeli. hehe
mama tak penah sampai lagi ke sini.. cantiknya tempat ni. kalau dah sampai sure abes duit ku haha
Hari tu pegi pun rambang mata tgk beg n kasut hehe
Bestnya kak ema dan kawan kawan lain shopping raya reramai…Saya suka la bantal smiley tuu.. RM10 eyh? cuteee! Datang sini confirm rambang mata ni. Rasa nak beli semua. Wahahahaha… (habis duit poket :p)
Dah pernah pi mmg best sini…rambang mata!
harga cam best je…nak try singgah otw balik raya ni
min lebih suka JPO
Bestnya korang shopping kat stu.. Ada diskaun kaw kaw tu . Best best
Pernah beli kasut nike satu famil dkt 8 org. Ini mmg berbaloi.. diskaun atas beli brg byk2 sekali gus
Blink2 dah mata kita awak. Knp x ajakk
Bestnya, macam² ada.
Ai suka shopping kat sini bulan puasa..
memang best la shopping ….
antara keseronokan yang sukar digambarkan ialah..shopping..
memang terbaik la