Jom Buka Puasa di Lugar De La Boda, Puchong – Luas dan Selesa

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar lagi seminggu dah nak sambut Ramadhan, tak lama sangat dah ni..dan tak lama juga bagi aku sebab tahun depan dah kena berpuasa di perantauan.. tak dapat nak bayangkan..lagi-lagi tak akan jumpa tempat berbuka puasa sepertimana di Malaysia ni.

Buka Puasa di Lugar De La Boda

Tempat buka puasa di Puchong. Mungkin tempat review terakhir aku untuk buka puasa tahun ini di Lugar De La Boda, Puchong dari Hanana Group. Wow!!! ohsem sungguh tempatnya.. dari jauh dah nampak terang benderang lampu. Open air gitu. Luas dan selesa.

lugar dela boda puchong

Jika hari-hari biasa, di sini adalah tempat untuk majlis kahwin dan majlis keraian. Syarikat Hanana Group terkenal dengan pakej-pakej perkahwinan termasuk hidangan, pelamin, make-up dan juga dewan.

lugar dela boda puchong

Menu Lauk Kenduri Memikat Rasa

Masakan kampung lauk kenduri memang memikat rasa. Semua lauk yang disediakan adalah lauk kegemaran aku sendiri. Ulang alik setiap masa staf kat sini tambah lauk pauk. Semestinya perut orang Melayu nak makan masakan Melayu.

lugar dela boda puchong

Masak lemak

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

Ikan keli goreng rangup.

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

Segala jenis keropok dan jeruk

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

Tak nak bebel panjang, sebab korang bukan baca sangat pun…korang tergoda tengok gambar. Tengoklah dulu, korang akan menyesal kalau tak buka puasa kat sini. Lihat gambar pun dah boleh agak sedap ke tidak kan…kemain kusyuk abang-abang menggoreng…

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

lugar dela boda puchong

Char Kuew Tiau ni kan…perghhh memang sedap tak terkata wey… ada orang tu kan ulang alik sampai 3 kali tambah…hahaha..lepas itu dah segan nak pergi kali ke-4. Tak boleh bagitahu siapa kang tak pasal kena tendang dalam group..eh.

lugar dela boda puchong

Dim sum pun ada.

lugar dela boda puchong

Putrajaya ada Ambassador Putrajaya

Orang Putrajaya boleh pergi ke Ambassador Putrajaya untuk buka puasa seperti di Lugar De La Boda, Puchong sebab ia satu syarikat yang sama. Tempatnya di No.92, Jalan Perak, Persiapan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya.

lugar dela boda puchong

Bersama owner syarikat Hanana Group

lugar dela boda puchong

Untuk tempahan di Lugar De La Boda, Puchong  korang boleh hubungi nama tertera di bawah. Bayangkan masakan sedap dengan harga yang murah. Pastinya ini yang korang inginkan…betul tak? Jom tempah sekarang!!!

Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

 

Tagged : / / / / /

Jom Makan! Buffet Ramadhan Bazaria di Boulevard Hotel

Jom Makan! Buffet Ramadhan Bazaria di Boulevard-A St Giles Hotel bersebelahan dengan Midvalley Kuala Lumpur saja. Menariknya buffet ramadhan di sini dengan tema bazaria. Akan ada gerai-gerai makanan di tepi poolside sepertimana gerai-gerai makanan yang ada di bazar ramadhan.

So, suasana di sini seakan-akan kita berbelanja di bazar ramadhan kat luar sana. Lebih tertarik lagi pelbagai juadah masakan lauk Melayu yang bakal dipersembahkan antaranya Nasi Beriani, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ekor Asam Pedas, Udang Sambal Petai, Terung Berlada, Ayam Percik dan banyak lagi.

Sup Gear Box Terbaik

Jangan lupa makan sup gear box kat sini, memang TERBAIK dan POWER. Hirup gitu jer.. meleleh.

Cendol Durian Jadi Tarikan

Tak ada durian? Asalnya frust juga..sebab aku ni kan hantu durian…eh.. Tapi, bila terpandang ada cendol durian terus tak jadi nak sedih. Ramai yang serbu cendol durian dulu. 

buffet ramadhan Hotel Boulevard

Dua mangkuk terus, dasar pelahap kan…ish-ish buruk perangai ko ema. Tak adalah, aku ambil dua mangkuk ni untuk test gambar jer…satu mangkuk aku dah pass pada kak nina pun. Eh, kalau 2 mangkuk pun apa salahnya kan…makan sampai kenyanglah. Gituuu.

Gerai-Gerai Pasar Malam

Antara gerai-gerai yang ada Gerai Sate, Sup Gear Box Utara, Gerai Kambing Bakaq Pak Su, Gerai Bakaq-Bakaq, Roti, goreng-gorengan dan banyak lagi…amboii semua loghat utara ni..

buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
Pencuci Mulut
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard
buffet ramadhan Hotel Boulevard

Amacam TERGODA ke tidak? Tak meleleh ke air liur korang tu.

Korang datang sini tak perlu risau bab parking. Nak park dalam Midvalley ke, nak park tepi bangunan hotel ke…rate parking dalam lingkungan RM5 sahaja, itupun kalau park lebih 5 jam….kalau kurang 5 jam…RM3 saja. Berbaloi tak? Berbaloi lah kan.

Nak dapatkan harga diskaun, kena cepat buat tempahan. Tempah di 03-22958124 / 010-2208124 atau ke www.stgileshotels.com atau emel fnbblv@stgiles.com

Alamat: The Boulevard – A St Giles Hotel

59, Lingkaran Syed Putra

Midvalley City

59200 Kuala Lumpur

Follow hashtag #Boulevardbazariabuffet
#Bazariabuffet
#bazariabuffetatboulevard

Tagged : / / / /

Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort- Bawa Keluarga dan Teman Iftar Sesama

Bangi Golf Resort Bufet Ramadhan Tahun Ini.

Tak kata apa..terus WOW!!! Eh, macam terjakun pulak kat situ. terkejut sebab ruang iftar sangat luas.. di tengah-tengah tempat makanan manakala kiri kanan ruang makan a.k.a dewan. Selesa ya amat yer..orang penuh dalam  dewan pun boleh bernafas lagi.

Aku ni first time sampai ke Bangi Golf Resort..banyak-banyak tempat yang pergi untuk buka puasa..sini paling luas tempatnya.

Konsep Kebun Dalam Bandar

Sebelum ini, asyik terliur jer tengok rakan-rakan blogger buat review kat sini…tahun ini Alhamdulillah ada rezeki aku pula… Malangnya Mr.Ery pula tak dapat ikut. last minute, kena kerja… nasiblahkan…oppsss, hehehehe…tak apa, bulan puasa nanti akan repeat datang ke sini.

Untuk tahun ini Bangi Golf Resort memperkenalkan konsep Kebun Dalam Bandar di mana bahan-bahan mentah yang digunakan dalam masakan Melayu dan Tradisional adalah hasil yang ditanam sendiri.

Ulam-ulaman segar pun ada kat sini yer antaranya ulam-ulam organik untuk Nasi Kerabu Biru. Warna biru bukan dari pewarna tapi dari bunga telang di kebun BGR itu sendiri. Ini baru original nasi kerabu… sedap.

bufet ramadhan nasi kerabu

200 Jenis Makanan

Lebih 200 jenis makanan daripada tradisional Malayu hingga hidangan Barat. Antaranya

  • Laksa Singapura
  • Ipoh Hor Fun
  • Satay Ayam dan Daging
  • Kueh Teow Goreng
  • Mee Mamak
  • Nasi Ayam
  • Ayam VArural
  • Kari Ikan Tenggiri
  • Daging Kambing Masak Hitam Mamak
  • Spaghetti
  • Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara
  • Dan seterusnya (tengok gambar lah)

bufet rammashan sate bangi golf resort

ayam goreng di bufet ramadhan bangi golf resort

menu bufet ramadahan

nasi ayam hainan bangi golf resort

buka puasa bangi golf resort

pencuci mulut bufet ramadhan

bufet ramadhan choice bangi golf resort

kambing BBQ pun adalah

lamb grill bufet ramadhan bangi golf resort

Tak tahu nak mula yang mana dulu… kalau ko rajin beratur.pergi setiap satu..kalau ko malas, pilihlah nak makan apa…tapi rugilah tak merasa semua masakan terbaik dari chef Bangi Golf Resort ni yer.

Malu nak tayang, tapi tak tayangkan orang tak percaya pula.. Yea, aku memang hantu durian. Jika tempat iftar tu disediakan durian memang satu bonus lah untuk aku…

tapikan, kalau dah mula makan durian, makanan lain mulalah jamah sikit. Itu bagi akulah… orang lain? Perut masing-masinglah kan…hehehe

durian bangi golf resort

Eh, terasa segan pula dengan Bangi Golf Resort ni…betul ke ni dapat kita habiskan berpinggan durian ni Juju oiii..dengan isi yang tebal sebegitu….korang rasa dapat habiskan ke tidak???

Berkongsi Pahala

Dengan setiap tempahan buffet, Bangi Golf Resort akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan sumbangan ini dapat memperkasakan aktiviti pertubuhan yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusian bagi golongan kurang bernasib baik.

Makan seenaknya, elak membazir. BGR akan bekerjasama dengan Food Ais Foundation bagi menyumbangkan mana-mana lebihan makanan daripada bufet ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kotak Sumbangan Iftar Sesama

BGR juga bekerjasama dengan F8Buzz.com bagi mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik.

Tahniah, Bangi Golf Resort (BGR)!!! satu tindakan yang bijak dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran pun.

bangi golf resort menu

Amboiii, yang nampak mek Ayra..Abang Aqeel tak nampak pun..Abang Aqeel yang banyak beratur ambil makanan..Lepas makan dia pergi main lompat-lompat kat gelongsor angin yang disediakan.  Gelongsor angin ke orang panggil? Hehehe..fahamkan ajerlah yer.

Malam review tu memang ramai blogger yang hadir…artis pun ada..so yang mana sempat aku posing…ceh, macam ramai..padahal dengan blogger juju dan Maria Tunku Sabri jer aku selfie. Nampak tak siapa baju hitam, gambar kat bawah tu…Dayangku Intan kan…perghh…dia punya suara memang power..

Harga Buffet Murah

Sungguh aku pada mulanya memang tak percaya betul ke harga buffet ramadhan kat BGR serendah ni?

RM59.00 – Dewasa

RM29.00 – Kanak-Kanak

Mana lagi tempat serendah ini di hotel selain BGR? So, korang patut datang ke sino..tak datang memang korang rugi.. korang pun boleh buat tempahan atas talian di laman .

Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant, No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Tel: 1 700 81 8557

Fb: www.facebook.com/bangigolfresort

Instagram : @bangigolfresortofficial

TERIMA KASIH Bangi Golf Resort

Dan tidak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih juga pada blogger Yaya Cendana yang bagi peluang untuk aku menggantikan tempatnya..

Tagged : / / / / / /

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Bufet Ramadhan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Tahun ini, konsep makanan tradisional masih dikekalkan malah diwarna warnikan lagi dengan selera terkini mengikut zaman ke zaman.

‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri Malaysia bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terdapat juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India.

Bufet Ramadhan

So, semalam bawa kakak ikut sekali pergi review untuk bufet ramadhan. Memang sejak berzaman lagi hotel Seri Pacific Kuala Lumpur ini memang terkenal dengan sajian buka puasa yang sangat memuaskan hati bagi yang datang. Tahun ini lokasinya adalah di Tingkat 4, Atrium sehinggalah kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi.

Keluar saja dari lift terus bau Kambing Bakar Abang Burn menusuk hidung, selangkah lagi bau sup Gear Box “Power”. Masuk lagi ke dalam bau sambal belacan, cecalok, budu..perghh memang tak sabar nak jamulah. Ditambah lagi hidangan panas-panas lauk-pauk ikut negeri. Ayam Panggang Percik (Kelantan), Udang Rendang Daun Kunyit (Perak), Telok Itik Masak Lemak Rembau (N9), Asam Pedas Ikan Pari Merlimau (Melaka), Ikan Pating Masak Tempoyak Temerloh (Pahang), Nangka Masak Lemak Gelang Patah (Johor), Ayam Pongteh Padang Kota (P.Pinang), Terong Goreng Belacan Kuala (Perlis), Nasi Kuning KK (Sabah).

Kegemaran Kakak Ada Di Sini

Kakak Azwa makan Asam Pedas Ikan Pari Merlimau sampai 7 ekor…eh 7 ketul… memang feberet kakak Azwa ikan pari ni..dah kenyang makan dengan nasi…dia ratah macam itu jea.

Di tepi kolam renang pula, ada stall Fried Kway Teow Teluk Ansin, Warong Mee Padang Tembak, Sushi Abang Sai, Sup Gear Box Power & Sup Ekor Bakar – Jalan Putra, Shell in Pantai Remis, Kambing Bakar Abang Burn

Jangan ketinggalan pekena Shell in Pantai Remis ni yer…pergh memang sedap.. sudu garfu tolak ke tepi..sising lengan makan terus dengan tangan…kiri kanan dah tak pandang orang.

Tidak lupa juga Fried Kway Teow Teluk Ansin

Desserts

Set Ulam-Ulaman

Kemain masing-masing kan… kak Nina, blogger resepi memang tak terlepas dengan dessert…UN kusyuk menghirup lemak-lemak sup gear box..kak Dila dengan popia yang tak sempat aku nak rasa.

Harga Bufet

Dengan beraneka jenis sajian ini harga bufet kat sini sangat berbaloi yea. Sebelum 15 April 2019, harganya cuma RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Selepas tarikh itu, harga RM120 dan RM60. So, better grab baucar awal.

Untuk datang ke sini pun sangat mudah, tak perlu bersesak bawa kereta sendiri pun kerana hotel ini dikelilingi infrastruktur moden dan canggih. dekat dengan kemudahan LRT di Stesen PWTC dan KTM Komuter di Stesen Putra..depan hotel pusat beli belah terkenal Sunway Putra Mall.

Untuk tempahan bufet ramadhan korang boleh hubung talian 03-4042 5555 atau laman sesawang www.seripacific.com

Tagged : / /

Bufet Ramadhan Best Western I-City, Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures

Eh jomlah ke Best Western I-City!!! Bufet Ramadhan Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures. Rezeki dapat berbuka puasa ganti kat sini.. bukan kebetulan tapi kejarkan dah nak masuk bulan Ramadhan, puasa tahun lepas tak habis ganti lagi…hahaha..siapa suruh last minute kan.. inipun masih lagi berbaki.

Bufet Ramadhan Best Western I-City

Nak sampai ke sini basah lenjun aku…naik motor kan…dari rumah tak hujan..di pertengahan jalan hujan lebat sungguh.. Nasib baik pakai baju hitam, tak nampak sangat basah.. apalagi redah jerlah. Masuk lobi hotel, gigil kesejukan. Naik tingkat 5 sejuk hilang pandang makanan.

best western icity

Panjangnya susunan pelbagai juadah, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Kari kepala ikan, daging masak merah, mutton varural, ayam masak rempah, kambing lada hitam, steamed fish teochew style dan banyak lagilah…160 juadah ko. Hah, makanlah semua.

Amboii laki aku, dulu dia dari aku..eh, siapa yang puasa ni?

best western icity

Rooftop Level 5

Di luar pula ada lauk bakar-bakar..kambing bakar, udang, ikan, daging, sate ayam dan daging, pisang goreng, keledek goreng, cendawan goreng, rojak buah, rojak campur, pasta, yong tau foo, martabak, roti john dan banyak lagi. Ada 2 buah-buahan yang kena makan di bahagian rooftop ni…raja buah iaitu durian dan nangka yer..

best western icity
best western icity

Nah menu-menu bufet ramadhan nanti ikut hari. Pilih nak menu apa.

Downlod SINI

best western icity

Dessert pun banyak..tak termakan sebab terlalu kekenyangan..banyak ratah lauk jer.

best western icity
best western icity

Kadang-kadang bila pergi bufet ramadhan ni, selalu fikir tempat untuk solat. masa tak panjang nak masuk ke Isyak..nak makan berbuka lagi..tak perlu risau, di Best Western I-City tempat solatnya satu level..dekat dan mudah. Dari rooftop di belakang Mr.Ery berdiri tu jer ruang untuk solat. Bolehlah bagi masa, berbuka dulu dengan kurma…pergi solat..lepas itu sambung makan.

best western icity

Kemain segak pula Mr Ery ..inilah bahagian rooftop dari level 5. Boleh nampak i-city kat sebelah itu jer.

best western icity

Beria cium bau durian…agaknya cium bini camtu juga ke. hahahaha…durian D24 tau..bukan calang-calang durian.

best western icity

Lagi seronok datang berkumpulan..lagi havoc jumpa kawan-kawan..berjam-jam kat situ sampai habis waktu tak apa. Tq Best Western I-City treats kami semua dengan baik dan makanan memang sedap semua.

best western icity

Sebelum terlupa, pada 23 Mac 2019 mula jam 9 pagi ada persembahan tarian singa dan drums di I-City Central..Hah, bawa anak-anak korang pergi tengok yer.

Untuk booking buka puasa dah dibuka. Sekarang booking time Early Bird ni sebelum 30 April 2019 lagi dapat harga yang lebih murah..tak cecah RM100 pun.. Dan korang datang berkumpulan macam kami melebihi 9 orang…1 orang akan dapat FREE.

Tempah di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam, hubungi 03-55219000 atau email sales@bestwestern-icity.my

Tagged : / / /

Steamboat No.1 Shah Alam, Dkayangan Steamboat and Grill

Tercari-cari restoran steamboat yang paling best di Lembah Klang? Ini dia steamboat No.1 Shah Alam, Dkayangan Steamboat and Grill. WAJIB cuba tau…

DKayangan Steamboat – Lain dari yang lain

Sekali rasa pasti akan datang berkali-kali. Serius sedap. Restoran ini lain dari yang lain:

  • Dihidangkan dengan 12 jenis seafood segar setiap hari.
  • Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh dipilih.
  • Menu “RARE” seperti ABC, aiskrim dan kek.
  • 15 jenis pilihan sos
  • 2 pilihan sup seperti tomyam dan sup ayam
  • 24 jenis perapan daripada ayam, ikan, daging dan kambing

Makan sampai kenyang, tapi jangan membazir

Dah beberapa kali juga aku makan di sini…salah satu sebabnya harga murah..bawah RM30 saja. Lepas itu, boleh refill sup tanpa had. Ruang makan yang tenang dan selesa sama ada di dalam atau di luar. Makan sambil santai-santai dengan keluarga. Tak perlu gopoh menelan makanan… kerana akan ditambah setiap masa.

Selain steam…ada grill sekali… berasap-asap setiap meja menunggu masak..tapi tak tunggu lama pun.. menikmatinya dengan perlahan-lahan…bila habis dimakan round 1..perut masih oleh diisi..barulah pergi tambah lagi… jangan terlalu tamak dengan mengambil terlalu banyak penuhi pinggan di atas meja…last tak terhabis. Sangat membazir.

Paling best ke sini ruang parking memang banyak dan free.. dalam satu masa walaupun restoran penuh, tetap dapat ruang parking.. surau pun ada.. dibuka setiap hari Isnin -Jumaat (5 ptg – 11:30 mlm) Sabtu, Ahad dan Public Holiday ( mula 3 petang hingga malam)

Sebelum datang, lebih baik dulu call atau whatsapp untuk tempahan..kerana di sini sentiasa penuh. Nampak macam meja kosong kan…tapi semua meja telah bertanda dengan nama orang yang booked.

Steamboat No.1 Shah Alam

Sekejap!!!

Sekarang di Dkayangan Steamboat ada peraduan untuk cabutan bertuah KASI STEAM, MAKAN DAN MENANG. Peraduan sehingga hujung bulan Mac sahaja…so, sempat lagi nak join…Hadiah utama sebuah skooter..dapat bawa balik sebuah basikal pun jadilah.. Syaratnya mudah sahaja..Belanja RM100 dalam 1 resit…isi borang penyertaan dan tulis butiran yang dikehendaki.

Masih tertanya-tanya di mana lokasi DKayangan Steamboat ini? Ini alamatnya:

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Berdekatan juga dengan Stadium Shah Alam. Untuk lebih mudah click jer link whatsApp watsap.my/0122971091 atau follow ig @dkayangansteamboat

Steamboat No.1 Shah Alam

Enjoy the foods!!!

Tagged : / / /