Gambang Waterpark. Anak-anak pantang nampak kolam. Meloncat-loncatlah suka. Terus nak selam dalam kolam kat depan pintu tak sabar sangat nak mandi.
Sampai awal sangatlah ni, terpaksa termangu kat depan tunggu kaunter tiket buka.
Gambang Waterpark
Bila dah nampak kaunter dah buka, cepat-cepat beratur belikan tiket tambahan untuk anak-anak. Aku dan mr.ery dah ada tiket sebab dah termasuk dalam pakej sewa bilik. Tak boleh nak bergambar berdua sekarang, ada saja yang akan masuk kacau.
Seronok bila datang tak sesak dengan orang ramai walaupun masih hari bercuti. Tak perlu nak berebut cari tempat berteduh.
Tempat budak-budak mandi masih tak ada orang. Tapi bila tengahari mula kelihatan berduyun-duyun orang masuk untuk mandi.
Aku dan mr.ery tak turun mandi pun, sebab takut kepenatan nak drive balik ke KL. Boleh mengantuk kalau lepas mandi kolam ni. Perjalanan masih jauh lagi. Jadi,perhatikan anak-anak dari daratan. Itupun sekejap.
Pastu anak-anak ajak turun ke kolam ambilkan gambar mereka masa menggelongsor. Terpaksalah aku yang kena basahkan baju.
Aqeel pun dah berani turun gelongsor sorang-sorang
Kakak Azwa dah besar dan pandai control badan masa dah sampai ke kolam. tapi adik pula lain jadinya. Sampai di hujung, aku dah sambut Aqeel, tapi dia terselam sampai air masuk hidung dan masa itu pula aku tengah ready nak ambil gambar kakak pula.
Punyalah Aqeel menangis sampai terus merajuk tak nak main gelongsor lagi. Puas pujuk langsung tak layan.
Selepas itu hanya Kakak Azwa saja yang turun naik gelongsor tapi Aqeel hanya main air di tepi kolam. Memang Aqeel marah mama dia.
Paling buat aku ralat, perjalanan dari Kuantan ke KL selepas balik dari Gambang Waterpark, perkataan yang dia berulang-ulang tanya “kenapa, mama tak sambut adik?”. Bermacam-macam jawapan aku bagi. langsung tak diterima. Sampai dia pun penat tanya hingga tertidur, aku ingat bila dah terjaga dia dah lupa. Tapi tidak, esok harinya soalan yang sama dia tanyakan. Aku rasa dia pun dah macam fobia nak mandi kolam ni.
Kesiannya adik… tu lah mama leka yer.. hehehe
soalan ulangan tu yang tak tahan nak kena menjawab
Zaza Abdul Latif recently posted…Cat Museum & Cat Statue – Kuching Sarawak
Terkesan betul ye dia ema? Mesti merajuk betul dia dgn ema sebab tak sambut dia. Masa akak tgk gmbr dia naik gelungsur tu, terdetik, “Wah beraninya Aqeel”. Tapi rupa2nya kejadian tu buat dia fobia. Harap2 kejap je dia fobia. Nanti tak seronok la kalo dia terus tanak mandi kolam.
Kesian Aqeel, terus fobia ya sebab Mama tak sambut? Takpa, kalau sekali lagi buat aktiviti gelongsor ni mesti dia lupa tentang ni dek keseronokan menggelongsor tu nanti.
Mummydearie recently posted…OHD! (Oh, Hubbydearie!) ^_^
Kuat ingatan Aqeel tu Ema.
Kesian jugalah sebab biasa kalau slide tu memang budak akan terselam sikit bila tiba dihujungnya. Kesian dia… mesti Aqeel macam serik.
Kakzakie Purvit recently posted…Bila terdesak apa pun boleh
Kenapa Mama tak sambut adik ? hehehe. Biasa kalau kena soalan macam gini, saya kena bagi jawapan diversion supaya dia lupa. Jawapan yang tak masuk akal tapi related dengan benda yang dia suka.
lankapo recently posted…Ustaz Azhar Idrus- Hukum Pegang Anjing / Babi Sesaja
alololo..sian2 dia mama x sambut ye..
xpe ema, anak2 kecik mmg mcmtu..
ayish pun sama jugak, takut nak mandi kolam..
bila dah balik baru ajak turun mandi..ngade2..
Suria recently posted…OUR HOME SWEET HOME
Aqeel hutang mama ye..hihi.. satu je cara supaya dia tak ungkit balik ni kak ema, bawak ke mana2 tempat serupa, buat aksi yang sama, then akak sambut Aqeel..pas tu kata “seeee…mama sambut Aqeel ape..” 😀
ctfand recently posted…Hobi Baru Kimi: Membuat Kapal Terbang Kertas
walaupun tempat ni dekat je dengan tempat aku tapi belum pernah lagi pergi dekat waterpark ni..hu3
blogger lelaki recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan Lelaki
wah..sampai nangis lagi tu. haha
ohcikgu recently posted…Review Copy Pakej Rujukan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 2014
Kalau saya sudah lupa diri. 🙂
akubiomed recently posted…Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Waahh.. Pandai Aqeel kecik hati dah kecik-kecik. Takpe, nanti jadi strong boy tu.. 🙂
Nadot recently posted…Permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM (TPM) 2015
Ingatkan serik kenapa tadi… rupanya anak merajuk. Terlelan air kot… dan tak sedap, marah la dia!
Mohd Shubhi recently posted…Azam tahun baru hijrah yang menarik
harap kerajaan negeri 9 naikkan kolam air panas pedas supaya maca kolam gambang ni. sodeh den tengok keadaan air paneh pedas sekarang ni
Uncle Zuan recently posted…Hero oleh Rhonda Byrne
Memang best mandi kat situ. Anak-anak memang suka sangat.
emalinmohd recently posted…Kenapa Sakit Otot?
agaknya dia masih trauma n teringat2.. tu dia asyik tnya je
dh 2 thn kot x kesini..time ke sini..sokmo penuh org…xbest nk mndi ramai2 sgt
lyafrina recently posted…Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
apsal monyok aje semacam tuu..
titan recently posted…7 Small Giant Blogger yang gua KAGUMI.
Kesian nya…mcm kena bawa lagi sekali je tuh 🙂
Hilmi Hasan recently posted…Indikator Kesan Rebound Melalui Saiz Seluar Saya
Alahai..kesian aqeel..takpelah die kecik lagi kot tu yang merajuk sangat..nanti dah besar ok lah tu..
pandailah adik tny soalan kat mama….tulah mama lain kali sambut la adik..adik takut la….hahaha..macam2 bebudak ni…
NOREHAN SAAD recently posted…CARA NAK HILANGKAN MIGRAIN SEBAB SERABUT NAK iPHONE 6 FREE
Selfie je la sng. Haha.. X nmpk full nmpk muka pn ok.
sal ya recently posted…Telekung lycra tidak sah solat.
Nad tak pernah lagi pergi Gambang T_T
Nadratul Syazwana recently posted…Perubahan Produk Dr Hasseenah
salam ….
next month saya baru nak bawa anak2 pegi gambang..:)..rasanya my sons juga mgkin akan takut, sbb gelongsor biasa pun kadang2 dia takut..
Jom jengah blog sy..boleh share tips sekali..http://villavitabonda.blogspot.com/2015/03/saya-terpaksa-potong-rambut-pendek.html
kesian kat Aqeel,, xpe,, pengalaman akan mematangkan anak2…
mandi kolam best…