#whileinconakry, Guinea

Terbang ke Dubai Tiada Social Distancing Dalam Flight Berserah Sahaja

Fly to Dubai, No Social Distancing

9 jam perjalanan ke Dubai…fuh, sampai kematu lah bontot nak tunggu sampai.

4 December 2020 (Jumaat) fly ke Dubai dengan Emirates.

Lupa nak check-in awal, tengah berhenti solat Jumaat baru check-in ikut phone.

Risau takut lambat sampai di kaunter, kemungkinan orang akan ramai.

1 minggu hanya ada 1 flight sahaja ke Dubai.

Prosedur di Airport Conakry

Sampai di airport, pergi ke tempat wrapping luggage. Bawa 1 luggage sahaja tapi di dalamnya ada 1 lagi luggage. Luggage dalam luggage. Tiada isi apa.

Sebelum dapat masuk ke bahagian kaunter, perlu isi health form. Kadang rasa pelik, kenapa perlu isi health form sedangkan nak keluar dari sana.

Hantar ke kaunter kesihatan, masuk dalam ruang  sanitize, bagi health form, result PCR test dan check suhu semua.

Di kaunter, ambil boarding pass dan pihak Emirates akan tengok juga slip result negatif PCR Test.

Sebelum dapat naik atas, depan escalator akan ada pegawai yang check segala dokumen lagi sekali.

Di kaunter imigresen, tiada masalah apa-apa. Sangat mudah.

Sebelum ini ada dengar macam-macam kes untuk lepas.

Baca: Sebelum Fly Wajib Ada Negatif PCR Test

Pertama kali sampai ke bahagian atas. Okeylah, tidak crowded sangat. Masih boleh penjarakkan sosial.

Kedai-kedai pun ada tapi tidaklah banyak.

Penerbangan jam 5.00 petang, jam 3 kitaorang dah ada kat sana.

Penerbangan Emirates dari Senegal-Conakry-Dubai.

So, memang dah ada penumpang dari Senegal.

Lega dapat seat sebaris untuk 4 orang. Tidaklah bercampur dengan orang lain.

Yes, fly to Dubai tiada social distancing. Berserah sahaja.

Seat memang full.

Sepanjang perjalanan dua kali dapat makan.

Emirates ada insuran untuk covid 19. Sesiapa yang baru naik Emirates dan disahkan positif semasa tiba. Emirates tanggung semua bayaran rawatan Covid-19.

 

Facemask perlu pakai sentiasa.

Tiba jam 6.00 pagi waktu Dubai.

Tidur paling tak lena adalah tidur dalam flight.

 

 

About emarieys

Ema has written 1315 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.