Berbuka puasa di Flaming Steamboat dan Buffet. Semalam berbuka puasa di luar lagi. Kali ini berbuka puasa, kita makan lauk saja. dah namanya steamboat kan. Tapi ada nasi juga nasi goreng, mee goreng, kari ayam, ketam berlada dan lain-lain.
Nak elak tarffic jam, gerak awal dari rumah sekali sampai Flaming Steamboat, waktu berbuka lambat lagi. Jalan kaki dari Flaming Steamboat pergi Sunway Piramid. Ronda-ronda dalam sana sampai tak tahu nak pergi mana.
Kali ketiga dah ni berbuka puasa di Flaming Steamboat tapi kali pertama baru letak dalam blog. Dengan bayaran hanya RM 30.90++ untuk dewasa dan RM 12.90++ untuk kanak-kanak bolehlah makan sampai kenyang.
Berebut orang beratur ambil ketam, udang, kerang sampai berpinggan-pinggan. Terfikir kejap “habis ke diorang ni makan” ” kenapa tak ambil sikit-sikit” “lauk habis, tuan dia akan tambah lagi” ‘tak baik membazir”. Sayangnya, ada juga yang membazir atas meja.
Ada tiga cawangan Flaming Steamboat boleh pergi seperti Kuala Lumpur (Setapak), Subang Jaya (Sunway), dan Shah Alam (Sek 33). Setakat ini, aku hanya pergi dekat Sunway lah, walaupun tinggal di KL.
Surau pun ada di tingkat atas, tapi kena beratur juga. Limit boleh masuk dua atau tiga orang. itupun kena tunggu giliran lelaki atau perempuan. Flaming Steamboat di Sunway nak senang cari dan nampak dari tepi jalan besar, cari sign Sun Inn Hotel, di bawahnya Restoran Flaming Steamboat.
Nak makan untuk berbuka puasa, sebaiknya call dulu buat tempahan dan kena bayar dulu sebelum makan.
Kalau nak untung kena ambil banyak seafood, kalau ambil yang fish ball atau ball-ball tu rugi sikit, hehe..
Nia recently posted…Kebaikan Susu Ibu berbanding Susu Formula
dah lama jugak tak makan steamboat rasanya nih.
kena ajak bini gua nih.
titan recently posted…Komisen Ke 15 dari Ashadee.com
Banyaknye pilihan..tapi betul kita perlu beringat jangan sampai membazir..igt saudara kita di gaza..
zara recently posted…5 Cara Mengatasi Dehidrasi Semasa Berpuasa
biada pergi flaming yang kat setapak je.. atau kalau nak meriah lagi selalu pergi yang kat tupai2
Zaza_MyMoon recently posted…Wedding Anniversary di Chatz Brasserie Parkroyal KL
My favorite Steamboat..tapi sekarang tengah control coz allergic dengan seafood..
Raudzah recently posted…CPUV Nuffnang : Old Town True White Coffee
Heheh, themes baru yang cantik dan menarik, buffet ni yang penting ada ketam hehehe
hafizi recently posted…Doa & Sumbangan Buat Gaza Palestine
Pernah makan di sini few times, rasanya adalah 2 – 3 kali. Hubby tak minat steamboat, so takleh selalu. Sedap memang sedap. 🙂
Raihanah Ahmad recently posted…Cara Hilangkan Jerawat Dengan Shaklee
bestnya sis. momoy kalau nak makan steamboat depan umah jer. ngeh2 tapi ingat nak beli tempat bakar tu sendiri la
halaman umah momoy luas
malam2 kalau ber steamboat atau BBQ best juga nih kan
MOMOY recently posted…aiyooo, ini baru penternak lebah yg berjaya.. hik2…
bestnya steambot…tp jauh la nak pegi ..huhuhu…menarik..
NOREHAN SAAD recently posted…RAHSIA VIVIX TERBONGKAR !!
teringin nak berbuka di luar tp tuh suami sy kurg sket mkn kat luar nih…kne tgk angin dia dulu
Mimie recently posted…GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE
Masa perut lapar semua nak ambik, tapi sudahnya membazir, sayang kan…
Myra Jay recently posted…Mushroom Sup yang sedap dan enak
biasala…dah masa lapar ambil byk byk sbb ingat semua nak makan. mcm menarik je tempat ni!
wahhh
bestnya Flamming
lama xpergi makan sini
Hans recently posted…Hans Comix : Mengamuk
haaa tu la kan
amik la sket2
abis baru tambah
ini penuh pinggan dibuatnya
ellynadyra recently posted…Specially design for Aisyah!
Bestnye ada ketam..
Bila lapar semua pun rasa nak amik kan.. 🙂
Biasalah tu, Ema. Memang adat makan di luar terutama bila buffet macam ni. Mereka takut bila nak mengulang, makanan dah habis dan tak ditambah lagi. Itu yang berlumba-lumba memenuhkan pinggan, takut terkilan tak dapat merasa 🙂
Pernah dengar nama tempat ni dari anak saudara tapi tak pernah pulak mencuba. Kalau surau kecil sangat, memang susah sikitlah. Berebut-rebut nak solat memang tak berapa nak suka hati saya ni. Sama juga macam di Vistana Hotel semasa saya beriftar di sana. Sempitnya alahai surau.
Mummydearie recently posted…Persiapan raya
Baru buka dekat flamming shah alam. Punya la sesak nak ambik maknan. Hehe. Kalau ada grill lagi terbaik.
Hazmin Hamudin recently posted…Dah Dapat Baju Baru