First day at International School. My handsome boy dah start sekolah hari ini.

3 bulan duduk rumah. Selepas raya aidilfitri hari itu, terus dah tak mahu pergi sekolah lama.

Datang Conakry, masih school break. Dah lama rest, now kena mula balik untuk belajar.

Belajar kali ini sangat jauh berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Aku pun risau, takut Aqeel tak dapat nak fokus dan follow dengan sistem pembelajaran di International Modern School ni.

Baca: International School in Conakry

Sekolah lama dulu, duduk kelas belakang… English pun tak tinggi mana.

Alih-alih terus masuk sekolah yang tak ada cakap Malay langsung.

First day hantar Aqeel, tak ada nak tunggu-tunggu bagai.

Just drop off jer.

Aqeel terus dibawa masuk kelas.

Kelas start jam 8:00 pagi hingga 1:15 petang..sebelum 1:30 petang memang dah kena ambil.

Ada uniform, lagi 2 minggu baru dapat..

English dan French

Sebab Aqeel tak fasih English, kena ambil extra class for English dan kelas mental math.. kelas mental math ni untuk laju dalam pengiraan..

Balik sekolah, aku tanya macam mana first day.  Aqeel terus cakap “mama, ada kelas french..mana abang tahu?”. Hahaha, disebabkan duduk di negara yang memang cakap French..memang wajib ada kelas French agaknya..

first day at international school

Pesan aku “Tak apa Abang tak faham Abang diam jer..nanti lama-lama Abang akan pandai..untung Abang nanti dapat cakap 2 bahasa extra”

“Abang dah dapat kawan tak?” “Dah ada, budak lelaki from India 2 orang” “Abang cakap macam mana dengan diaorang? Diaorang bukan India from Malaysia” “Abang cakap English lah”

Kemain my handsome boy ni kan….Doakan Aqeel berjaya yer.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Aqeel First Day at International School”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *