Hadiff 1st Birthday

Muhammad Hadiff First birthday. Selamat hari lahir Muhammad Hadiff.. Hadiff ni cucu belah keluarga mertua yang ke….kejap nak kira.. (1) Azwa (2) Aiman (3) Airil (4) Aqeel (5) Amsyar (6) Aisar (7) Arissa (8) Hadiff  (9) Ayra (10) Adryan (11) Aisyah..hah, kena list down. cucu yang ke-8 dah..dari 4 beradik 4 menantu.. nama cucu pun dah dekat-dekat. bila atok diaorang nak panggil salah seorang cucu, habis semua nama cucu keluar..

birthday party

 

Tahun sama dengan Ayra

Kalau mama pegang baby lain tak jeles pun Ayra ni, tapi kalau ayahnya pegang Abang Aqeel laju je pergi dekat ayah. Anak ayah sungguh laa…yang aku pegang tu cucu ke-10 (Adryan)… 3 cucu keluar tahun yang sama…cucu yang ke-11 time ni masih dalam kandungan adik ipar kat sebelah..tengah sarat…dah selamat bersalin..pun lahir bulan January.

1 year birthday party1

Susah betul nak ambil gambar family sendiri nak cukup korum..lebih-lebih lagi si Abang Aqeel laa..merayap sana sini..geram pulak haih.

1 year birthday party5

Menyeget badan kakak dukung adiknya ni..yealah dah 10kg.

1 year birthday party6

Topi pun sampai tercekik gayanya…Next Ayra punya birthday bulan March. cepatnya masa berlalu, dah nak masuk setahun.

1 year birthday party7

Ini baru sambut birthday. dah riuh dengan anak beranak cucu jer..sambut hari raya lagi riuh ni…sampul pun mesti kena lebih.

1 year birthday party2

Tengah berkira-kira untuk birthday Ayra…. masa kakak dan abang tak buat pun.. so, jawapannya?

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

5 thoughts on “Hadiff 1st Birthday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge