Penangan wayang Rock Bro di Mines.

28 Okt 2016, Mr.Ery ajak tengok wayang Rock Bro dengan geng Urban Crewz. Pucut dicita ulam mendatang. Orang nak belanja, kita pun setujulah. Lagipun tarikh itu, hari lahir mamaema. Kiranya hadiah hari lahirlah kan. dah dapat present dari Mr.Ery tepat jam 12.00 t/mlm sebelumnya. Surprise kan isteri nyaris nak luruh jantung. yang pergi kejut macam ada kes kecemasan. Mamaema dah lena sangat malam tu, baru balik dari outstation.

 

rock-bro

 

Entah bila minat filem rock-rock bagai ni. Dengar lagu rock pun bingit telinga. Filem rock sebelum ni yang mamaema tengok pun cuma kat siaran astro jer. Tapi bila mamaema tengok Filem Rock Bro ni, mamaema kasi 5 bintang. Best sangat. Ada kelakar, ada sedih, ada happy. Kisah perjalanan sebuah kumpulan bernama Rimba Bara.

Budak-budak pun sakan gelak tengok Rock Bro. Mereka yang terlebih seronok. Ayra, awalnya okey dalam panggung wayang. Bila time dia nak tidur, mulalah dia merengek-rengek. Terpaksa bawa Ayra keluar kejap. dodoi-dodoi sambil berdiri di luar panggung. Tak sampai 10 minit, Ayra dah lena. Dari luar bilik panggung terdengar orang gelak sakan, mamaema masuklah balik. Nak ke tempat duduk sendiri, segan pula nak lalu-lalu depan orang. so, mamaema berdiri sahaja di line belakang sekali. seat memang penuh malam tu. Fuhh, memang sakit segala urat sendi dukung mek Ayra ni. Sejam lebih berdiri sambil berdukung Ayra layan sampai habis ceritalah.

Habis cerita, keluar panggung Ayra terus celik mata..sengih-sengih. Sabarlah wahai anak.

 

Sinopsis Rock Bro [kredit: myinfotaip]

Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota.

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

Korang dah tengok ke belum filem Rock Bro? Kalau belum, pergilah tengok. Tak rugi korang bayar tiket tau.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

3 Replies to “Berdiri Sejam Lebih Layan Rock Bro Di Mines”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *