Festival lampu Putrajaya, pergi jumaat malam minggu akhir Disember 2017. First time pergi sejak adanya Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU). Kali ke berapa sebenarnya? Jalan tidaklah jem sangat tapi nak cari tempat letak kereta yang susah. Penuh. Banyak jalan tutup. Sepanjang jalan Dataran Putrajaya tu memang tutup sepenuhnya. situlah festivalnya. Park depan bangunan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Jauhlah berjalan kaki sambil dukung Mek Ayra. Mek itu memang tak suka jalan kaki. Turun kilo mak ko.
Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2017
Apa yang nampak festival LAMPU nya? Nampak kereta berhias dengan lampu, tayangan movie, ada tayangan wayang kulit, tayangan pacaran cahaya di bangunan Istana Kehakiman dan pelbagai deko lampu seperti kerusi, payung, mahkota dan lain-lain. Nak pergi ke satu-satu tempat jauh. Tak semua tempat pun pergi. Lepak lama sikit, depan Istana Kehakiman nak tengok apa yang menarik. Biasa-biasa jer. tayangan berulang-ulang. Anak-anak lebih suka bermain turun naik tangga dari tengok lampu. Bosan, terus balik.
Sambut Tahun Baru di Putrajaya
Kisahnya, member kelab kereta Mr.Ery ajak untuk potluck malam tahun baru di Putrajaya. Ingatkan potluck di tempat yang biasa, anak siap bawa kasut roda nak main. Alih-alih potluck depan Istana Kehakiman. Hahahaha. Adoiii, ke sini lagi rupanya. Alang-alang sudah sampaikan. Kali ini, park tepi-tepi jalan jer.
Malam tahun baru, dapatlah tengok deko-deko yang di depan masjid sambil tengok ulang tayang pancaran lampu di bangunan menunggu jam 12.00 tengah malam. Okeylah, terubat juga kebosanan bila keluar bunga api. Azab, nak balik.. .satu jam setengah baru dapat keluar dari Putrajaya. Fuhh. Tahun depan tak tahulah nak datang lagi ke tidak.
Bestnya.. kalau dekat boleh saya bawa family dtg sini..
Anuar recently posted…Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U.com
bestnya bawa family ke sana.Dapat buat macam2 aktiviti.Dah lah cantik dan bercahaya.anak2 pasti sukakan tempat nie.wauu meriah sekali di sana dan ramai orang.Dapat eratkan silahturahim antara keluarga nih.best2.
saya pulak pergi festival lampu di Marina Island Lumut. anak la kemain suka
Ramainya manusia , cantik tapi tak larat nak bersesak hhuhu