Fenomena Drama Kampung People, Yang Jarang Tengok Drama Melayu Pun Layan

Drama Kampung People TV3 ni, lawak giler.

Aku yang stay jauh ni pun layan.

Mr. Ery yang jarang layan drama melayu pun layan

Anak bujang aku sorang ni pun layan

Kadang dia dulu yang tengok dari kitaorang ni.

Mulalah dia cerita, apa yang berlaku dalam episod tu.

Tapi tak spoil mood kami pun..

Cerita dari Abang Aqeel tak best..dari tengok sendiri..hahahaha.

Sinopsis Kampung People

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimy iaitu di kedai yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Mereka mengaburi mata orang ramai dengan menjual buah-buahan di depan kedai mereka. Laila dan Amri merancang untuk menyambut ‘’anniversary’’ mereka yang segenap sebulan mereka ‘’couple’’ di kolej.

Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, tiba-tiba polis datang serbu kedai Tuan Suhaimy dan polis menangkap pekerja lain termasuk Razif untuk disoal siasat. Razif diugut dengan penjara selama 25 tahun jika tidak membuka mulut. Jika Razif mahu bekerjasama dengan Inspektor Shukri, dia akan diberikan identiti baru untuk lari daripada orang suruhan Tuan Suhaimy yang masih lagi bebas.

Razif memberitahu Mona dan anak-anaknya yang mereka akan berpindah ke kampung dan semua orang membantahnya, selepas mereka terdengar satu tembakan di luar rumah, barulah mereka merasakan apa yang terjadi kepada Razif adalah sesuatu yang serius. Mereka diberi identiti baru untuk menyamar sebagai Kampung People dan pengusaha ladang jagung yang berjaya.

Pelakon: Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Reina Diana, Kamarul Eqifshah, Nam Ron, Dato’ Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Azwan Razali.

Kat youtube ni jer aku layannya

Paling aku nak gelak watak Elly Mazlein  sebagai Mona/Aminah. Boleh pecah perut wei gelak dengan lakonan dia.

Korang boleh tidur dengan mata terbuka? Hanya Aminah seorang jer yang boleh kot..

Lagi sorang pelakon Riena Diana sebagai Laila anak kepada Aminah. Dia punya slang bahasa Malaysia/English tu.. ‘jakfar’ disebutnya ‘jakferrr’..Suka tengok dia, orangnya memang cantik manis.

Hanya 13 episod sahaja, esok episod akhir. Agak-agak apa akan jadi pada Laila yang kena culik dengan geng cengkih tu?

About emarieys

Ema has written 1284 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : /

2 thoughts on “Fenomena Drama Kampung People, Yang Jarang Tengok Drama Melayu Pun Layan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *