Fasting Day 1 – Day 10

As Salam Semua

Syukur Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-10 umat Islam berpuasa.

Tak tahu nak buat entry apa..jadinya, buat rentetan puasa hari pertama hingga hari ke 10 nya.

1) Bangun sahur awal pagi..me, mr.ery dan azwa excited nak berpuasa esok harinya. azwa sanggup tahan puasa sampaikan boleh menangis. suruh berbuka tapi dia tak nak. so, kasi dia tidur..lepas bangun tidur..badan rasa segar. berbuka beramai-ramai di rumah FIL. mr.ery beli ayam bakar percik tapi kena tipu sebab tak masak. sampaikan tiga kali MIL panaskan tak masak-mask juga. azwa happy sangat sebab dia berjaya habiskan puasa satu hari.

2) Bangun sahur seperti biasa. hari minggu terasa nak masak sendiri. pergi ke pasar beli lauk basah. masak berbuka lauk ikan asam pedas. ikan goreng.

3) Puasa di hari pertama kerja. mood nak buat kerja pun lambat. azwa pun masih bertahan puasa. mr.ery berbelanja buka puasa di village view. itupun pergi selepas solat maghrib. berbuka di rumah dengan kuih dulu.

4) Terbabas bangun sahur. azwa bersahur jam 7.00 pagi. makanya tak bepuasalah dia. tapi takut betul dia ‘tak masuk syurga’ pasal tak puasa.

5) Beli nasi kerabu untuk berbuka. si azwa makan bihun saja. singgah si rumah FIL lalu berbuka terus kat sana.

6) si azwa tak bersemangat nak bersahur. makan nasi pun tak nak. last-last terpaksa berpuasa setengah hari saja. sampai ke rumah lewat. sempat masak hanya satu lauk saja.

7) Sahur dengan ikan bilis dan telur masin. berbuka di Red Wok Restaurant, Bangi. order melalui telefon. ambil ala carte, buffet punya dah penuh. first time, makan kat sana. walaupun lambat nak sampai satu jenis lauk dan air tapi tetap puas hati dan memahami dengan keadaan orang yang ramai. mr.ery terpaksa ambil sendiri gelasnya. tempat solat yang luas dan bersih. malamnya terus bergerak ke Kuantan.

8) Bersahur di rumah pakcik mr.ery di Kuantan. lauk pauk dari MIL yang dah sedia dari awal. ingatkan bersahur di tepi jalan saja. ke Kuantan melawat mak cik mr.ery yang kini di rawat di HTAA. lepas melawat terus bertolak ke Kuala Lumpur ada majlis berbuka puasa anjuran rakan sekerja mr.ery. berbuka di Restoran Cina Muslim, Puchong Puteri. lauk pauk yang agak banyak cuma tempat untuk solat agak terhad. hanya seorang saja yang boleh masuk dan terpaksa bergilir dengan lelaki dan perempuan.

9) Berbuka puasa dengan lauk pauk yang dibeli diparam.

10) Nak berbuka apa hari ini?

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge