Loading...
AqeelAyraAzwaFamilyMemoriesRamadhanSpecial Day

Family Raya 2015

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

artis beraya10

Macam mana raya korang? Layan kat facebook macam-macam fesyen dan tema warnanya. Aku tak nak kongsi kat fb, nak kongsi kat blog je. Tema pilihan kaler purple gelap. Inipun last minute cari. Mr.ery plan nak pakai jubah tapi aku yang suruh beli sepasang baju melayu biar sama dengan anak teruna. Nak sedondon bukannya selalu, setahun sekali je. Baju jubah kakak dan ayra aku beli online. Yang jadi kaler purple sebab baju jubah untuk Ayra warna biru pink tak ada. Aku punya baju, MIL yang jahitkan, nak pakai raya kedua terpaksa pakai raya pertama.

Moody Di Hari Raya

Kalau korang perasan, aku punya gambar raya langsung tak bermaya. Memang tak ada mood nak raya pun. Seminggu sebelum raya aku kena tipu hampir 4 ribu oleh seller online. Terpaksa aku refund duit pembeli. Dalam pada aku wujudkan group whatsapp untuk refund, ada juga yang mengambil kesempatan. Dugaan di bulan puasa tapi aku belajar dari kesilapan.

artis beraya02

Raya kali ini bermakna bagi kami tiga beradik sebab ada abah beraya sekali. Aku pun tak tahu apa yang sedih sangat abah masa ni. Mungkin gembira tengok kami berkumpul. Kebiasaannya aku dan adik-adik akan pergi rumah abah selepas sembahyang raya. Tapi abah yang suruh kami tunggu saja kat rumah mom. Abah dan mom dah lama berpisah, abah dah kahwin lain mom pun dah kahwin lain.. abah masih ada isteri cuma mom ibu tunggal selepas bapa tiri meninggal hari raya haji tahun lepas.

artis beraya06Masih berair lagi mata abah menahan sebak. dalam sedih ada gembira.

raya kelantan

Nampak aku lebih tua dari mom..huawaaa nak nangess.

artis beraya17

Juadah pagi raya pertama mom buat nasi impit dan tempah roti jala. Yang menolong mom adik perempuan bongsu aku. Tahun ini aku lepas tangan sebab malam raya baru sampai Kelantan.

artis beraya13

artis beraya20

Jubah Ayra ni dah tak boleh pakai walhal size 6 bulan ke atas dah aku ambil. Bila pakai dah macam balut nangka. Nasiblah kainnya jenis memeri.

Bersalam-salaman minta maaf tak sampai sejam gaduh balik dua beradik ni. Baru teringat duit raya untuk anak-anak tak bagi pun lagi. Tak bagi pun tak apa. Kakak Azwa klim nak kasut roda sebab puasa penuh. Yang abang tak kisah pun sebab memang langsung tak berpuasa.

artis beraya18

Orang bising bergambar sana sini, si kecik Ayra sedap jer tidurnya. Inilah kami satu keluarga Anak Menantu dan Cucu.

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

11 comments
  1. LydSunshine

    Salam ema. Selamat hari raya. Abah tak bawak makcik ke dtg beraya?

    Betul ke ema kena tipu? Yg akak tgk kencang je ema bisnes kat FB tu ke? Sedihnya rasa. Mmg boleh buat rasa down utk beraya. rm4k tu banyak. Semoga yg menipu tu insaf la.

  2. Mummydearie

    Your mom memang nampak mudalah, Ema. Silalah jangan sedih kalau terasa macam adiknya bila bergambar di sebelah emak 🙂

    Budak-budak cepat membesar. Sama macam anak saya, baru 4 tahun tapi beli baju yang saiz 7-8 tahun. Itu pun sama rap aje, bolehlah pakai setahun!
    Mummydearie recently posted…Welcome August! I’m back ~_^My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE