Aqeel Ayra Azwa Family Memories Parenting Putaran Masa Ramadhan Special Day

Family Day Raya

Suasana hari raya di Kelantan. Raya kedua beraya di Bachok. Rumah mokwe (nenek mr.ery). Satu-satunya nenek yang ada. Dah ada piut pun. Raya tahun ini orang sarawak pun ada balik. Raya kedua diadakan hari berkumpul bagi keluarga mokwe (Wan Jah). Ini baru sebilangan ahli keluarga, ada yang tak balik beraya sebab kerja.

family day raya12

Spot Me?

family day raya07

Riuh dengan anak menantu cucu cicit sedara sepupu ipar semua dari sembilan anak mokwe. Malah ada yang tak kenal pun yang kita ni bersaudara. Kalau buat kenduri kahwin setakat panggil ahli keluarga pun konpem penuh satu dewan.

family day raya15

Sukaneka Hari Keluarga

Inilah mokwe. Aku pun tak tahu Ayra Sufia ni cicit yang ke berapa. Alhamdulillah mokwe sihat sangat. Nak buat majlis hari keluarga ni punya bersemangatnya dia. Boleh buat ketupat palas berkilo, belah kayu api bagai semata-mata anak cucu cicit nak balik.

family day raya11

Daftar nama, alamat dan no telefon. Update ahli keluarga yang mana bertambah.

family day raya05

family day raya08

Sambil beraya berkumpul, kita keluarkan peluh dengan sukaneka. Anak-anak yang paling seronoknya.

family day raya02

Acara untuk orang tua paling ditunggu. Lambung kasih. Pecah belon, tak ada kasihlah jawabnya. Ada yang berbaju raya bermain. nasiblah siapa yang basah.

family day raya10

family day raya14

family day raya13

Acara makan-makan memang tak pernah dilupa. sebelum mula majlis, perut semua dah berisi nasi dengan lauk pauk dari tukang masak terbaik punya. Berselera makan sampai bertambah-tambah.

family day raya09

Inilah tukang masak specialnya, panggil mokteh. atas usaha masak memasak beliau dapat cenderahati. bungkusannya macam dapur gas. sesuailah sangatkan.

family day

Set kito jange pecoh

family day raya03

Next year, kita buat di Tok Bali pula yer..InshaALLAH.

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
4 Shares

You may also like...

8 Comments

  1. perhhh, ramainya… mmg meriah
    mmg untung ada sanak saudara yg ramai..
    Hairul Hissam recently posted…Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) Dlm Cuka Kurma & Testimonial Pembeli Jual Murtabak RM6500 Sebulan Di BazarMy Profile

  2. serius…meriah sgt2….
    best kumpul ramai2 camni..
    alhamdulillah.. mokwe msh dikurniakan ksihatan y baik..
    lyafrina recently posted…Aidilfitri 2015 : 1 & 2 Syawal 1436HMy Profile

  3. ramai betul ahli keluarga u. meriah
    Raihanah Ahmad recently posted…Bagaimana Kurangkan Visceral Fat Dengan CepatMy Profile

  4. Wah, ramainya! Sesekali berkumpul macam ni masa raya memang seronok! Kebarangkalian memang tinggilah ada yang kita tak kenal pun rupanya saudara-mara.

    Okey, saya dah spot Ema kat mana! Yang depan lelaki pakai t-shirt biru tu. Yang duduk pakai spek tu awaklahkan!
    Mummydearie recently posted…Persiapan pra-raya ~_^My Profile

  5. Eh, cop… bukan t-shirt birulah. T-shirt putih. Salah type pulak dah!
    Mummydearie recently posted…Cabaran berpuasa dan makanan tradisi Uzbek ^_^My Profile

  6. Assalam sis.. salam perkenalan.. memang meriah kalau beraya di kampung ni.. nak pulak family besar.. seronok!!

  7. Meriah raya tahun ni…
    Mesra Mobile recently posted…Google Melancarkan Wifi Router Dinamakan Google OnHubMy Profile

  8. yaya cendana says:

    hahaha..rindu nk raya
    yaya cendana recently posted…Perencah Segera PAK NGAH di AIDILFITRI !!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge