Travel

Esok Lusa Tulat

As Salam

Trip to Kuching, Sarawak.

Esok lusa dan tulat rombongan seramai 6 orang akan ke Sarawak
makanya, si Azwa kena cuti tiga hari
itupun cikgu tanya tak boleh tukar hari lain ke? jumaat sabtu ahad ke?
saya sengeh-sengeh sajalah kat cikgu

cikgu tak tahu yang saya dah lama booking tiket ini
rasa sesal pun ada tak pilih hari yang sesuai
tapi bukan senang nak berebut tiket 10 sen pada hari minggu
ini baru Sarawak..ke KK bulan tiga nanti pun harinya sama.
apa alasan nak beri nanti.

cukup ke percutian kami 3H 2M di sana?
senarai tempat untuk berjalan-jalan dah ada
cuma ada sesetengah tempat tak dapat kami nak pergi
macam di pasar serikin tu…sebab bukanya hanya hari minggu saja

sewa van pun dah cecah RM600 termasuk sekali pemandu dan minyak
hanya bagitahu saja pemandu kita nak ke mana
kalau yang jenis suka shopping…apa benda yang istimewa kat sana yer

anyway, terima kasih pada kawan-kawan yang hantar komen dan bagitahu tempat-tempat untuk dilawati di sarawak nanti

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge