Masuk kali ke-3 menginap di Hotel Equatorial Melaka. Yang kali ketiga ni dapat reward sebiji gelas. Kalau repeat lagi agak-agak boleh dapat penginapan percuma tak. Aku sendiri pun tak ingat dah berapa kali stay sini. Apapun terima kasih. Cuma aku tak puas hati sikitlah, aku dapat bilik yang agak berbau hapak dan lembap. Call room service bagitahu masalah bilik, adalah technician datang check aircond kot ada yang bocor. Tapi tak ada kebocoran. Technician itu sendiri call room service bukan masalah dia. Datang orang room service bawa spray dan spray sekeliling bilik tu. Berapa lama sangatlah tahan bauan tu.
Yang aku paling tak suka tengok bila mereka-mereka masuk bilik langsung tak tanggal kasut. Dari pekerja room service, dari technician dan dari orang yang update siaran astro. Alahai, bersih sangat ke tapak kasut korang tu. Harap tukar sikit cara pengurusannya… tanggalkan kasut di luar pintu. Aku sendiri letak kasut setakat pintu bilik air. Walaupun remeh, jagalah kebersihan yang nampak kecil ni. Kami yang muslim ni bersolat dalam bilik.
Punca bilik yang lembap, kulit ayra naik merah gatal-gatal. Mulanya, aku syak naik campak. Tapi balik rumah, okey jea dia.
Yang seronok di sini kolam mandi. Sangat puas hati lah sebab kolamnya luas.
Anak-anak teruja dapat mandi puas-puas. Eh Ayra pun macam tak sabar nak berenang sekali tu.
Akan datang lagi ke sini menginap. Tidaklah sampai aku banned terus. Masih boleh diperbaiki lagi pengurusannya.
Nampaknya Baby Ayra dah tak sabar nak terjun berenang dalam swimming pool… tunggu baby Ayra dah besar sikit nanti, bolehlah betcuti di sini lagi…. lepas ni siaplah.. tentu Baby Ayra mandi sekali…
anuar recently posted…Pengalaman Suka Duka Bersama ONEXOX (Bahagian 1)
tak lama lagi baby tak sabar2 nak terjun kolam pulak
raihanah recently posted…3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam Badan
Tak pernah lagi singgah di Equatorial Melaka, pernah pun menginap di Equatorial Cameron Highland, memang puas hati lah..
okeh.
tak pernah gi lagi.
boleh pi la ni kalau sempat.
cuti ada 2 minggu lagi.
titan recently posted…Pengalaman Shopping di IKEA Cheras