Loading...
Mr ErySpecial Day

Enam bulan baru dapat hadiahnya

Minggu lepas Maybank ada buat treat points redemption di Midvalley..siapa-siapa yang pakai credit card..credit card tau..bukan debit card tu…ada juga yang tersalah…inilah peluang untuk tukarkan points dengan barang…memang bertuahlah bagi yang ada banyak points…so jumaat malam lepas, mr.ery berajak pergi ke sana…pantang diajaklah…terus simpan balik lauk dan beras..kononnya nak masak untuk malam itu.

maybank treat fair

Ramainya orang tak usah nak cakaplah…kaya raya sungguh orang-orang Malaysia ini…yealah, semua yang datang ke sini of cozlah ada credit cardkan..

Masa ini, tengah tengok mereka atas stage membida harga terbaik untuk sesuatu barang.. bida ikut points juga.

Semua peralatan elektrik dan elektronik ada…kalau boleh semua nak diangkut. tengok peti sejuk berkenan pada peti sejuk, tengok mesin basuh berkenan pada mesin basuh, tengok hp berkenan pada hp…itu semua dah ada…masih elok..buat apa nak tukarkan. tapi ada juga barang yang dibeli yang dah lama sangat diidamkan…

Ada points banyak boleh pula masuk games…dapat tambah points sebab ada beli barang tulah..bila pusing roda..dapat tambah points lagi..so, kita tunggu next year pula…

Inilah barang yang diidamkan selama ini..ini mr.ery punya laa…hadiah sempena birthday bulan Januari lalu….huhuhu…..dah enam bulan lepas tau..

Kotak jer tiga….isi satu jer…ada yang minta satu bila mr.ery post kat fbnya.

Apa nak dikata..itu kehendaknya..mula tu nak xbox..tapi bini dia ni buat tak layan pon..kalau dah beli xbox nanti…habis chanel tv banyak-banyak siapa nak tengok.

Dulu PSP ini yang terbaru PSVita…ada wifi, boleh layan FB, layan you tube, ada maps, ada kamera, mak aih…beli kad games pun cecah hampir seratus satu games…

Hati pun dah lega..sebab hadiah birthday untuk mr.ery dah tertunai jua.

Dah tak perlu lagi panas telinga…

Hahahahaha!!!!

Sayang ketat-ketat pada tuan empunya…..

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge