Elaun penjawat awam kena potong untuk sumbang ke Tambung Amanah Bencana.
Semalam PM Tan Sri Muhyiddin Yassin umum, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.
Menteri dan Timbalan Menteri potong gaji, tapi 800,000 penjawat awam potong elaun. Penjawat awam dari Gred 29 hingga Jusa ke atas yang sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) untuk Gred 56 hingga Jusa dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk Gred 29 hingga 41 yang diterima sebelum ini akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana.
Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.
Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan:

Ada yang setuju, ada yang tidak setuju?
“Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi”.
Semoga dengan sumbangan ini menjadi asbab kebaikan sebagai penjawat awam dan ahli keluarga.
redha je. anggaplah ini salah satu sedekah buat mereka yg memerlukan.
apalah sgt tolak rm10 tu, dah kat kampung xdak nak lepak starbuck dahhh.okelaaa.
hahahah
Setuju je. Cuma sakit jugak bila ada lagi kata2 netizen suruh potong gaji penjawat awam 50% untuk diberikan kepada mereka yang terjejas dengan pendemik.
Amran recently posted…Resume Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
netizen biasalah..suka cari benda negatif saja.
Kalau elaun tolak dan tak jejaskan pendapatan langsung..kira ok la kot..tapi x tau la pendapat orang lain kan