Menang peraduan mak kata dutch lady moms club. Buka emel nampak mesej dari Dutch Lady Smart Moments “Penyertaan Peraduan ‘Mak Kata, Saya Anak Bijak’ anda terpilih!”. Alhamdulillah, mamaema pun hampir-hampir lupa pernah sertai peraduan mak kata dutch lady moms club ni. Mamaema memenangi hadiah wang tunai RM50.

dutch-lady-mak-saya-kata

Dari anak pertama kakak azwa baby lagi mamaema mula bagi susu tepung jenama Dutch Lady. salah satu sebabnya susu dutch lady sangat senang nak cari. Mana-mana tempat pun ada. Kedai hujung kampung pun ada. stesen minyak pun ada..apatah lagi di pasaraya-pasaraya besar. Paling ditunggu bila ada diskaun kat tesco…memang berebut orang pakat beli. Lambat sikit tinggal kotak kosong atas rak.

Susu Dutch Lady memang jadi kesukaan ketiga-tiga anak mamaema. Anak sedara mamaema pun suka. Ada seorang anak sedara mamaema suka ratah susu. Bila balik kampung, mesti dia akan minta mama dia tanya mamaema nak ratah susu Dutch Lady Ayra Sufia. Tak berani nak minta dengan mamaema, dia fikir mamaema ni bekeng macam singa agaknya…hehehe. Kucing kat rumah kelantan pun kasi minum susu dutch lady.

Ada tiga perisa susu Dutch Lady. Perisa biasa, madu dan coklat. Kakak Azwa dan Aqeel mamaema bagi perisa madu. Ayra Sufia perisa biasa. Pernah sekali, mamaema bagi susu jenama lain kat Ayra Sufia masa habis pantang. Nak biasakan dengan susu tepung sebab mamaema dah nak masuk kerja. Langsung tak nak susu jenama lain. Sekali bagi try susu Dutch Lady barulah ayra nak minum.

Mamaema pun dah jawab emel dari mereka, mudah-mudahan rezeki berpihak pada mamema. Sebab apa, sebab mamaema dah hilangkan resit pembelian susu Dutch Lady…huhuhu.. Apapun terima kasih pada Dutch Lady Moms Club kerana memilih Ayra Sufia salah seorang pemenang.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

6 Replies to “Menang Peraduan Mak Kata Dutch Lady Moms Club”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *